Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Thursday, 31 May 2012
sampaikan salam
selama ni selalu dengar lagu Alleycats kan... tapi..tapi.... dengar tak versi yang Adira nyanyi..... rasa lain je... sekali lagi..... (leleh air mata)
Wednesday, 30 May 2012
lesen kereta ku
![]() |
al-kisah pada disember 2011 saya baru lulus lesen kereta dengan segala susah payah dan azab derita.... rasa cam lucu pulak fikirkan saya mula daftar kelas memandu sebelum ramadhan... bermula dengan ujian rabun warna dan sesi ceramah. Masa tu... terasa cam.... berapa tahun ye nak siapkan lesen ni... tambah-tambah untuk yang buta kayu cam saya ni.
Seriously... saya tak pernah pegang stereng... pada mulanya memang tak mau langsung amik lesen memandu... tapi atas beberapa insiden berlaku... menyebabkan saya bulatkan hati. AKU MESTI ADA LESEN!!!!!
Hehe.. saya padang kiri..saya pandang kanan.. budak-budak lepas SPM semuanya. Adei.. saya sorang ke yang tua kerepot kat sini.. Abis amik ijazah baru terhegeh-hegeh nak buat. Terasa lah rugi usia dan masa.. dan membayangkan masa yang perlu dihabiskan di sekolah memandu tuuuu... sorang-sorang.. takde geng... mesti bosan. Semua dibekalkan kitab hikmat yang mesti dikhatam habis-habisan untuk jawab ujian undang-undang berkomputer.
Kemudian untuk proses seterusnya... pengenalan kepada lesen L kita kenalah belajar 3 jam pusing-pusing kt litar dalam sekolah memandu.. sebenarnya tak sampai 3 jam pun... tunggu je lama... masa tu lah yang paling saya takut.. pakcik tu tunjuk, "Ini...gear... ini klac, brek, minyak, ini signal.. bla..bla..."
Saya berpeluh dahi... "Pakcik, camne nak start enjin? Tak reti ni... saya tak pernah pegang sterang ni...." tergeleng-geleng kepala pakcik tu. Dan akhirnya lepas 3 kali pusing key enjin idup dan saya ikut satu-satu arahan pakcik... dan keajaiban berlaku, dalam hati.. "Ya Allah... kereta gerak!! Kete gerak woiii.... aku sendiri yang drive ni!!! Wuhuuuu!!!" -masa ni baru start ngan gear 1 gerakan ala labi-labi....
Kelemahan saya waktu belajar ialah, brek asik mengejut je.. rasa macam dah tekan perlahan dah tapi slalu pakcik nak terhantuk kepala ke depan... maaf pakcik. Tukar gear 2 saya dah dup dap.. rasa cam laju sangat dah susah nak kawal kete...
~masa berlalu... kejap je bila dah mula blaja drive kat jalan.. rasa seronok lak.. saya berkawan je ngan budak-budak spm tu... comel je sume...
Kini saya dah pun ada kete kancil. Mama belikan yang secondhand je... auto. Untuk anak pompuan dia guna gi keje di Bachok.. Walaupun abis kemek sana sini sebab masih tak mahir parking dll... saya dah syukur Allah beri keberanian yang selama ni saya tak pernah ada. (adik meninggal dalam kemalangan...later lah cerita kang nangis lagi)

Mempunyai kenderaan ibarat satu dunia baru bagi saya. Takde orang yang dilahirkan terus terer dalam apa-apa pun kecuali mukjizat Allah. Jadi kepada gadis-gadis terutamanya... jangan takut... anda pasti boleh!
Nanti saya dah ada duit banyak.. boleh lah beli kete baru.. skang ni takut-takut lagi kemek.. so bagi mahir dulu bawak kancil. Skang banyak pesen kereta auto je. Senangggg... reti gerak depan, blakang, kiri, kanan, dan tekan brek.... apa susah... nanti rasa sedih.. nak shopping leh kuar sendiri... tapi kalo sorang-sorang takde orang nak bercakap.... kita cakap lah dengan kereta tu. Hahahaha..
ombak menghempas resah
banyak la pulak paste quote.. bukan saya takde modal... tapi hati tenang baca kata-kata indah ni. Ya.. langit tak selalu cerah...
doa orang yang dizalimi
pernahkan anda terfikir kalau lah anda dianiaya, dizalimi... adakah boleh kita mendoakan keburukan kepada orang yang berbuat jahat tu? pernah tak?
saya duk google je... rupanya ramai juga yang kemuka kan soalan ni dalam blog dan forum. Jawapan yang jelas di semua page ialah "takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, kerana tiada hijab (penghalang) antara doanya dengan Allah".
Allah Maha Adil... memanglah dibolehkan tetapi waktu ini lah sebenarnya kita diuji sama ada redha atau tidak dengan ujiannya. Kezaliman itu pun ada tahapnya.. jika sehingga menumpahkan darah seperti zionis laknatullah wajarlah sepanjang waktu kita doakan mereka jahanam.
Saya terbaca di satu blog bagaimana seorang sahabat berkecil hati diperli ketika menumpang kereta si A... sedangkan dia betul-betul dalam kesusahan sehingga terpaksa menumpang. Kata-kata pedas dihamburkan si A sehingga sahabat itu terdetik hatinya, "Ya Allah.. aku betul-betul dalam kesusahan... sakitnya hati diperli begini... orang ni akan faham satu hari nanti bila dia jadi macam aku..", selang beberapa minggu keluarga pemilik kereta itu kemalangan... si A terselamat kerana berada di rumah. Maka merataplah dia menangisi kematian kedua-dua orang tua dan adik perempuannya. Kereta itu hancur dalam kemalangan. Sahabat merasa kasihan melihat akhirnya si A kini berulang alik menaiki bas bersamanya, berpanas dan berhujan bersama. Sahabat juga merasa sesal yang bukan sedikit memikirkan kebarangkalian kejadian itu berlaku kerana doanya satu ketika dulu.
Maka.. moral of the story... mendoakan keburukan seorang yang kita kenali amat tak bagus sama sekali. Alangkah bagusnya kita amik peluang tu untuk doakan kebaikan untuk kita... mintak yang bagus-bagus je.

| Ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku |
hadiah untuk mama
(cerita dua hari lepas)
gaji pertama sebagai guru interim saya terima (gaji 2 bulan pertama).. saya tanya mama..
- nak gelang emas ke mama?
(bajet biasa orang tua ni suka kemas barang ye dok?)
-hmm..mama nak benda lain la. nanti malam ni kita kuar ye.. g tesco
-tesco? beli barang dapur ke mama?
- ade laaa...
hah.. amek kau.. sekali dia pegi kedai camera pegang handycam panasonic tak mau lepas. Harga memang cantek rm999. Berpeluh tengok... kalo barang kemas takde la rasa cmni.. susah la ade mama moden cenggini..
-mama suke ke yang ni?
-aah.. mama suka pakai brand ni. Memang lawa kan. Amoi... yang paling bagus ni kan?
- ya lorrr....ini panasonic boleh zoom 70x gambar masih clear maaa...HD lg.. lagi bagus dari tu canon punya.
-yana.. tu atm tepi ni jer. Cepat la amik duit. Mama nak yang ni. Nanti boleh shoot video time pertandingan kawad nanti (my mum ni cikgu jugak).
walaupun kempis poket.. kita amik berkat dengan gembirakan mak kita... bagi duit rm10juta pun kalo mak tak hepi tak guna jugak kan... sayang mama... muah3
gaji pertama sebagai guru interim saya terima (gaji 2 bulan pertama).. saya tanya mama..
- nak gelang emas ke mama?
(bajet biasa orang tua ni suka kemas barang ye dok?)
-hmm..mama nak benda lain la. nanti malam ni kita kuar ye.. g tesco
-tesco? beli barang dapur ke mama?
- ade laaa...
hah.. amek kau.. sekali dia pegi kedai camera pegang handycam panasonic tak mau lepas. Harga memang cantek rm999. Berpeluh tengok... kalo barang kemas takde la rasa cmni.. susah la ade mama moden cenggini..
-mama suke ke yang ni?
-aah.. mama suka pakai brand ni. Memang lawa kan. Amoi... yang paling bagus ni kan?
- ya lorrr....ini panasonic boleh zoom 70x gambar masih clear maaa...HD lg.. lagi bagus dari tu canon punya.
-yana.. tu atm tepi ni jer. Cepat la amik duit. Mama nak yang ni. Nanti boleh shoot video time pertandingan kawad nanti (my mum ni cikgu jugak).
![]() |
| ini la mendenya panasonic HC-V10 |
[puisi] tenanglah hati
tenang hati tenanglah jiwa
harus mengerti dunia sementara
hapus air mata hapuslah derita
kerana Dia mengatur segalanya
berpegang pada tali-Nya
nescaya hidupmu bahagia
ku rasakan manis bila dekat pada-Mu
yang sering ku leka
bila mengecapi bahagia
-cikyana, rabu 30mei2012
harus mengerti dunia sementara
hapus air mata hapuslah derita
kerana Dia mengatur segalanya
berpegang pada tali-Nya
nescaya hidupmu bahagia
ku rasakan manis bila dekat pada-Mu
yang sering ku leka
bila mengecapi bahagia
-cikyana, rabu 30mei2012
selsema
skang ni cuaca di kelantan.. panas sangat-sangat. lewat petang mesti hujan. Saya macam biasa lah.. paling tidak pun mesti selsema. Skang ni melayan hingus yang srot srot. Masa ni lah terasa alangkah nikmat bila Allah kurniakan hidung yang kedua-dua lubang berfungsi untuk bernafas. Bila selsema.. bernafas sebelah pun rasa semput... pakai mulut yang luas pun tak cukup lagi! Jadi bersyukur lah bila sihat tubuh badan.
Pagi tadi pos borang lampiran B ke JPN..borang ni untuk nyatakan tarikh lapor diri dan sekolah mana kita mula posting. Kiranya untuk memudahkan pihak KPM survey pelajar-pelajar yang mereka taja. Huhu... sweet jer bila teringatkan wang dushhh 4k tiap kali mula sem... dah lama kut tak merasa.... ehehehe. Kt kg.Tendong ni selalunya takde pos express.. nak tak nak terpaksa jugak lah pakai poslaju (hui.... rm6 duit terbang) antar borang selai je... ngn selai lg salinan memo posting.. bab duit memang sensitif skit sehari dua ni... azab ya amat nak mendapatnya... utang PTPTN yang 2 sem pun lum terbayar 1sen pun lg.
Baru dapat berita dari Sue.. yang posting nya di Miri. Dah survey kereta.. nak angkat MyVi kaler purple.. waaa... kelas mak jemah. Nanti bawak i pusing-pusing Miri ngan kereta baru u tu ek... hehe.. rindu sangat kat kawanku yang sorang ni.. actually rindu semua..sebab semua dah jauh.... (taip sambil nangis dan hingus2 ni). Dengar Aan dah balik kelantan.. sampai dah kut pagi ni. Dia rehat-rehat dulu kut. Sakit belakang nek bas jejauh ni...
Lailee pulak bagitau pasal taklimat di Hotel Raudah.. taklimat untuk guru-guru baru. Saya belum terima lagi panggilan dari JPN. Tunggu je lah. Selalu je saya ni antara orang terakhir dia contact.. sob.. sob..

post pertama
entry pertama. salam kenal. ini blog biasa... sekadar nukilan isi hati bila terlalu banyak dugaan. Bila tiada tempat mengadu.. cececeh... ok lah... saya di sini keseorangan... baru mula bekerja... memang sedih semua kenalan rapat dah jauh... semua di negeri asing.. ada juga ke borneo... meninggalkan saya seorang di negeri cik siti wan kembang... oh sahabat.... semoga maju jaya di sana.. kumpul duit banyak-banyak bah... balik belanja kamek di sini ya.. (betul ke tak ku tulis nih?)
Subscribe to:
Comments (Atom)