Tuesday, 19 June 2012

selagi namanya manusia

hari ini berlalu dengan penuh drama. Berlangsung pertandingan choral speaking sebentar tadi. Saya selaku pengacara majlis bertugas sekitar pukul 9 pagi. Pemilihan antara dua sekolah sahaja untuk mewakili PPD ke peringkat negeri. Persembahan yang hebat, penuh semangat dari kedua-dua pasukan. Hakim memberi ucapan... mengulas sedikit tentang persembahan. Tiba waktu yang dinanti..kertas markah dihulurkan. Saya membaca dan mengumumkan dengan gembira. Nama sekolahku juara. Maka naik lah anak-anakku ke pentas menerima trofi dan sijil. Ada tersenyum lebar ada menangis gembira.. turut bersalaman mengucap terima kasih padamu di hujung pentas. Namun langit tak selalu cerah..

Beberapa minit kemudian... beberapa orang guru dari sekolah yang mendapat tempat kedua mula berdiri dan menuju ke meja hakim pertandingan. Suasana mula kecoh.... Pelajar-pelajar mula berpaling sesama sendiri kehairanan...

"Teacher, kenapa ni?"

"Shh.... diam je lah. Takde apa."

Sangka saya di mana-mana pertandingan pun termaktub keputusan hakim adalah muktamad. Tapi di sini sebaliknya.

Si A naik ke pentas. Si A ni bukan hakim pon...
"Maaf... ada sedikit pembetulan. Saya ucapkan tahniah kepada juara pertandingan. Namun pemenang tempat kedua di bawa ke peringkat negeri. Ada masalah teknikal dalam syarat pertandingan dan saya minta maaf sekali lagi."

Apa ni? Menang tapi tak boleh terus bertanding?

Rupa-rupanya syarat pertandingan hanya boleh membawa peserta dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja. Semua anak-anakku di tingkatan 5! Semua syarat ni tak diberitahu awal-awal!

Hancur hati mereka.They're just kids! They've cried badly..all boys and girls.. they're dying practicing everything in last minute. They bear with all the pressure and pain!



~makin menyakitkan...selepas diselidik kemudian, nyata tiada syarat merepek yang dikatakan itu. Pelajarku selayaknya menang dan mewakili daerah. Tapi tiada yang mahu mengubah keputusan ini. Memang remeh bagi mereka tapi tidak bagi yang berpenat-lelah. Itu hak kami!!

still waiting for the miracle. Yang zalim ni tak lama... jangan nak duduk selesa sangat. Hidup ni pun tuhan bagi pinjam...jangan nak rasa tinggi sangat. Sebab yang kena ni bukan anak kau kan.

baby...you've done your best....



No comments:

Post a Comment