saya duk google je... rupanya ramai juga yang kemuka kan soalan ni dalam blog dan forum. Jawapan yang jelas di semua page ialah "takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, kerana tiada hijab (penghalang) antara doanya dengan Allah".
Allah Maha Adil... memanglah dibolehkan tetapi waktu ini lah sebenarnya kita diuji sama ada redha atau tidak dengan ujiannya. Kezaliman itu pun ada tahapnya.. jika sehingga menumpahkan darah seperti zionis laknatullah wajarlah sepanjang waktu kita doakan mereka jahanam.
Saya terbaca di satu blog bagaimana seorang sahabat berkecil hati diperli ketika menumpang kereta si A... sedangkan dia betul-betul dalam kesusahan sehingga terpaksa menumpang. Kata-kata pedas dihamburkan si A sehingga sahabat itu terdetik hatinya, "Ya Allah.. aku betul-betul dalam kesusahan... sakitnya hati diperli begini... orang ni akan faham satu hari nanti bila dia jadi macam aku..", selang beberapa minggu keluarga pemilik kereta itu kemalangan... si A terselamat kerana berada di rumah. Maka merataplah dia menangisi kematian kedua-dua orang tua dan adik perempuannya. Kereta itu hancur dalam kemalangan. Sahabat merasa kasihan melihat akhirnya si A kini berulang alik menaiki bas bersamanya, berpanas dan berhujan bersama. Sahabat juga merasa sesal yang bukan sedikit memikirkan kebarangkalian kejadian itu berlaku kerana doanya satu ketika dulu.
Maka.. moral of the story... mendoakan keburukan seorang yang kita kenali amat tak bagus sama sekali. Alangkah bagusnya kita amik peluang tu untuk doakan kebaikan untuk kita... mintak yang bagus-bagus je.
![]() |
| Ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku |

No comments:
Post a Comment