Detik yang paling menyedihkan dalam hidup saya. Menyaksikan kemalangan adik... dilanggar kereta.. depan mata sume tu.
Kereta apa?-kancil. Kat mana?- depan umah. Sape yang langgar? Pompuan..ntah sape... tak kenal. Antara soalan yang berulang kali saya jawab bila ditanya. Peristiwa ni memberi trauma yang hebat dalam hidup saya. Tipu lah cakap masa dapat mengubati. Kesedihan tu kekal... cuma berbekalkan redha... setiap kali teringat saya akan lebih berhati-hati... dan juga akan mendoakan orang lain juga sentiasa dalam perlindungan Ilahi.
Hari kejadian itu amat jelas dalam ingatan. Seolah-olah satu tayangan yang boleh diceritakan dengan terperinci. Namun... sukar diungkapkan dengan kata-kata. Lidah saya terkunci. Sewaktu adik dilanggar kenderaan yang bergerak laju tu... arwah melambung ke atas kereta... lalu tergolek jatuh di atas jalan. Kereta kancil tu berhenti. Along yang ada berdekatan segera berlari mendapatkan adik. Saya... terduduk. Dalam hati saya... "Allah... adik tak apa-apa...adik pengsan je....". Saya pujuk hati yang masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kebetulan klinik hanya di sebelah rumah. Abah sudah tidak keruan.. melihat kereta itu agak kemek di hadapan.. melanggar adik saya yang bertubuh kecil... arwah berumur 9 tahun waktu tu. Arwah diberi rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital besar sejurus kemudian.. namun..saya diberitahu... arwah meninggal dalam perjalanan ke HKB.
Mama berada di Jeli membawa pelajar sekolah untuk aktiviti kelab bergegas pulang bila mendapat berita. Sungguh mama wanita tabah. Kuat menahan air matanya memujuk abah yang masih dalam raungan meratap kehilangan anak. Jenazah di bawa ke rumah nenek (sebelah abah) di kampung Kutan Sungai... untuk disemadikan bersebelahan pusara Tok Ayah. Saat menanti jenazah tiba saya rasakan cukup menghibakan. Saya nampak dari tingkap van putih tiba. Tangga umah tinggi... 4 orang kakitangan hospital dan juga pakcik Rusydan membawa jenazah naik ke atas. Allah! merah pekat kain yang menutup bahagian kepala arwah... azab nya sakit adikku ya Allah. Saya peluk erat mama... baam masih lagi kecil.. baru pandai bertutur... diam saja di sudut rumah memerhati anehnya peristiwa pada hari itu....
Malam tersebut saya dan along menemani pakcik rusydan ke balai polis... urusan dokumen kematian arwah. Keesokan harinya orang datang bertali arus melawat dan memberi ucapan takziah... jenazah disemadikan pada pukul 8.30 pagi.
![]() |
| janji yang pasti... untuk kembali pada-Nya |
Mulanya tertanya-tanya. Kenapa dia yang diambil. Dia yang paling baik, dia yang paling comel, dia yang paling rajin dan menyenangkan hati.... jawapannya ialah, dia insan yang dipilih Ilahi untuk menjadi ahli syurga. Jawapan itu sedikit sebanyak mengubati kesedihan...
Masa begitu pantas berlalu... peristiwa pahit itu meninggalkan trauma pada saya tentang kecekapan seorang pemandu perempuan. Saya...sangat susah untuk menaiki kereta yang dipandu perempuan. Saya juga sangat tidak yakin untuk belajar memandu kerana risau akan menyebabkan kecelakaan. Tambahan lagi pada akhir sem di UPSI, roomate saya patah paha dilanggar pemandu wanita yang cuai. Kadang-kadang saya diperli kerana masih tidak ada lesen memandu sewaktu di universiti. Kata lah apa sahaja kerana anda tidak tahu apa yang saya rasa!
Akhirnya.. ada sesuatu yang menggerakkan hati saya. Keengganan saya memandu akan menyusahkan orang lain. Saya tak suka dilabel sebagai beban. Jadi... satu sejarah pada akhir 2011 saya berjaya menamatkan latihan memandu dan mempunyai lesen kelas D. Saya akan cuba memandu dengan berhati-hati. Berbuih mulut mama berpesan setiap kali saya bergerak ke tempat kerja. Baca doa naik kenderaan... baca Bismillah sokmo!
Afiq.. doakan kakak berjaya dalam hidup. Tunggu kakak.
Esok bermula dengan rasminya saya bergelar guru. Insya'Allah....

No comments:
Post a Comment