Thursday, 14 June 2012

[puisi] rama-rama menangis lagi



rama-rama terbang bebas 
bagai permaisuri di taman kayangan
beralun sayap warna pesona
saban hari bermain
di dahan meranti 


sangkanya meranti teguh berdiri
namun tetap tiada yang sangka
ribut melanda menggegar alam
dahan meranti patah menjunam
jatuh rama-rama di hempap dahan


patah dan koyak sayap si ratu
merintih sendiri di hutan sepi
kecilnya tiada siapa peduli
dengan sakit setiap nafas
mengumpul kekuatan
mengheret diri

pintanya kepada tuhan
mahu terbang 
hinggap di bunga
gembira dan riang
namun tidak mahu lagi
berpaut di dahan rapuh
matanya merenung sayap
 yang entah bila bercantum kembali
rama-rama menangis lagi




Cikyana 14 Jun 2012 , 11.21 p.m

No comments:

Post a Comment