setiap ratap dan rintihan sakit ini adalah tasbih buatmu
Allah ampuni aku
puisi hati seorang gadis
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Friday, 31 August 2012
Saturday, 25 August 2012
soalnya bila
cukup bosan tiap-tiap ditanya soal bila nak kawen. Kalo stakat sedara
mara tu ok lagi tapi mak sendiri hari-hari berleter. Ingat leh cari laki
kat tesco ke mama? Haha.. nanti la dulu. Cari yang jauh banyak lah
masalah. Kite cari dekat umah je ye. Lelaki kelantan ni dah pupus kut.
Yang bujang muda sume keje jauh-jauh. Tinggal la yang bujang lapuk je
duk intai-intai aku tiap kali kuar umah. Susah nak memilih sebab ini
soal seumur hidup. Bukan sehari nak kawin. Melihat masalah yang berlaku
pada kawan, pada family... saya agak memilih. Mahu yang terbaik bukan
hanya untuk diri tapi untuk kesenangan keluarga. Ramai lelaki yang baik
tapi ramai yang ada sifat negatif, paling tak pun merokok. Busuk la
weh.. Saya suka seorang pendengar... sebab saya suka bercerita... apa
saja yang berlaku seharian saya suka jika ada yang sanggup dengar
walaupun dia tak faham. Saya suka hadiah. Walaupun sekadar bantal hiasan
kecik sebab itu tanda ingatan. Hadiah tak perlu mahal tapi harus diberi
sokmo. Huhu... yang lain mesti lah faktor agama, kerjaya, dan rupa.
Saya pun banyak sifat negatif. Saya cukup sensitif dan mudah menangis.
Tu pasal takde orang nak kut. Apa pun.. serahkan pada Allah. Uihh..
tengah demam pun nak tulis mengarut cmni.. Sedih sebenarnya tak gi
sekolah. Ada jamuan hari raya. Terpaksa amik mc badan dah panas.. kalo
pegi pun tengok aje makanan tak leh nak telan. Kak Lin duk msg kate
budak-budak dah merengek cari teacher tak jumpa. Teacher pun merengek
takleh makan sate dan nasi beriani ngan korang. Wuuuu... tak larat nak
drive arini. Skolah 20minit gak baru sampai.
Friday, 24 August 2012
welcome fever
semalam batuk.. arini dah tak kuar suara... chest pain. Arghhhh...sok da skolah.. ingatkan batuk sbb salah makan. Tak suka tak sukaaa... banyak keje buka skola ni. Time ni jugak nak sakit.
it feels itchy.. inside!
tekak gatal-gatal.. nak garu pun tak boleh sebab dalam tekak yang gatal. Batuk bunyi uhuk-uhuk macam mengada. But seriously it feels itchy... bukan batuk yang bunyi menggegar alam berkahak tu. Makan ape je tadi.. burger zinger kfc dan oooo... soft drink... lupa lak berpantang betul ngan air gas... Lo ni duk togok air suam.. semoga dapat hilangkan gatal tekak ni.
Thursday, 23 August 2012
pasca ramadhan
![]() |
| nametag holder in my car |
tiba-tiba je rasa badan sangat berat dan terlalu penat... agaknya perlu sangat rehat... i mean 'betul-betul berehat'... sepanjang cuti raya ni pun terpaksa kerja dari pagi sampai malam. I know I can't push myself too much... akan ada masa sume ni akan memakan diri. Kul 5 petang semalam buat kali pertama dapat duk diam. Tinggal sorang di rumah. Tapi apa saya buat? Terjelepek macam kain buruk... Ya Allah baru terasa penat kerja sebulan... baru dapat bernafas rasanya. Takut jugak duk sorang... walaupun ada 2 ekor kucing temankan.. si Abe dan Kitty... tido same2... saya gulung makhluk tu dlm selimut.. sebab diorg slalu kuarkan kuku. Muka slalu calar.. bila geram dan kiss2 dia... skali kena cakar. nanges!
Malam hujan lebat... kilat sabung menyabung cam cite horror... rasa lah mood muvie The Haunted skit. Saya kunci semua pintu, tingkap dan check banyak kali. Nak lelap pun 2, 3 kali terjaga kaki cramp... sakit woo.... terpaksa geledah gobok cari stoking.. jumpa la sepasang walaupun kaler dan corak tak sama. Stoking kawin pun redah je lah. Macam baby dah rasa terpaksa tido berstoking.
Bangun pagi perasan ada pintu dapo yang selaknya sedikit terkopak... Pencuri kah? Tapi pintu grill nampak takde terjejas. Mission failed lah tu. Alhamdulillah tak de apa-apa.
Tengah tunggu mama balik... pulang dengan pelbagai persoalan... Kepala rasa ting tong skang ni... bukan ngntuk tapi blur yang amat kerna kepenatan.
Wednesday, 15 August 2012
aku penyapu baru
ramadhan hampir berakhir.... Alhamdulillah.... indah sungguh menikmati suasana berpuasa disamping keluarga. Syukur juga diberi ketenangan dan peluang beribadat walau dalam ribut kesibukan. Cuma kerap demam dan selsema dengan cuaca tak menentu. Fokus saya kini pada keluarga... mama, abah..adik-adik. Itulah dunia saya, kekuatan saya. Saya merasai indahnya cinta pada keluarga dan cinta pada Pencipta yang abadi... cinta kepada Rasulullah... cinta yang tak pernah mengecewakan.
Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)
Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)
Sunday, 22 July 2012
meraih kekuatan untuk memaafkan...
sumber dari blog lain juga ni... bacaan sambil tunggu waktu mengajar sejam lagi...
Ya Allah.. manisnya kemaafan... kurniakan aku kekuatan untuk melakukannya.. Sungguh besar sekali ganjaran itu kerana ia perkara mudah yang SUKAR untuk dilakukan.
Di bawah ini saya salin beberapa ganjaran pahala apabila kita memaafkan kesilapan orang lain.
Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:
Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:
1) Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
2) Mendapat redha Allah SWT.
فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)
Maksud أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ ialah
ganjaran pahala yang dikurniakan sendiri oleh Allah SWT, bukan oleh
manusia seperti raja atau pemimpin dan sebagainya, malah ganjaran itu
datang daripada raja sekelian raja iaitu Allah SWT. Maka apakah yang
kita mahukan lebih daripada itu? Allah memberi jaminan dengan ganjaran
yang begitu besar.
3) Mendapat keuntungan yang besar (حَظٍّ عَظِيمٍ۬)
وَلَا
تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ
أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ
وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬
وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat". (Fussilat [41] : 34 - 35)
Dalam ayat ini
Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kejahatan yang dilakukan
oleh manusia dengan melakukan kebaikan semampu yang boleh. Dengan kata
lain kita perlu membalas setiap dosa orang kepada kita dengan kemaafan,
kemarahan dibalas dengan kesabaran, tidak mengambil kira kesilapan yang
telah berlaku serta rela menanggung keperitan daripada perlakuan orang
lain terhadap kita.
Mujahid al-Farra' berkata بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ ialah membalasnya dengan kesejahteraan dan keselamatan bagi kejahatan yang diterima dan bermaaf-maafan ketika bertemu. Dan ayat فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ (orang
yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan
menjadi seolah-olah seorang sahabat karib); menjelaskan hasil yang
diperoleh daripada tindakan memaafkan atau dengan kata lain membalas
dengan kebaikan bagi apa-apa kejahatan yang dilakukan terhadap kita;
dengan sendirinya dia akan bertukar daripada musuh kepada rakan karib.
Imam az-Zajjaj berkata, ayat ini وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ
bermaskud tidak dianugerahkan sifat ini (membalas kejahatan dengan
kebaikan) kecuali kepada orang-orang yang sabar menanggung kemarahan dan
keperitan.
Ayat ini pula وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬ bermaksud
ganjaran dan kebaikan yang diperoleh daripada orang yang mengamalkan
sifat-sifat di atas adalah orang-orang itu sangat beruntung. Qatadah
berkata "Keuntungan yang besar itu ialah balasan syurga"
4) Mendapat ganjaran pahala kerana meneladani salah satu sifat Allah iaitu al-'afwu.
Al-'afwu
bermaksud Allah Maha Memaafkan kesalahan. Allah mengampunkan dosa yang
dilakukan oleh hambaNya yang menderhaka dan Allah tidak membalas
kesalahan hambaNya semasa berada di dunia dengan menyegerakan hukuman.
إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa". (An-Nisa' [4] : 149)
Ayat
ini bermaksud Allah memaafkan dan mengampunkan dosa orang-orang yang
melakukan kejahatan walaupun Allah Berkuasa membalas dengan segera. Oleh
itu contohilah sifat Allah ini.
5) Mendapat pahala kerana mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Para
nabi dan rasul tidak pernah memabalas kejahatan kaum mereka. Para nabi
dan rasul menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Siapakah kita
sehingga kita tidak sanggup bersifat pemaaf dan menganggap sifat pemaaf
itu hina dan rendah?
6) Mendapat
kelebihan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memaafkan
kesilapan dan kejahatan orang lain terhadap kita dan mendapat ganjaran
syurga 'Adn.
"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (ar-Ra'd [13] : 22 - 24)
7) Kemaafan yang kita berikan adalah kebaikan yang kita lakukan dan akan dapat balasan yang baik.
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (ar-Rahmaan [55] : 60)
Allah
membalas hamba-hambaNya dengan balasan yang setimpal dengan kebaikan
yang dilakukan. Jika hambaNya memaafkan kesalahan orang maka Allah akan
memaakan dan mengampuni dosanya.
8) Mendapat kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT pada hari Isnin dan Khamis.
Rasulullah SAW bersabda;
"Dibukakan
pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap hamba yang
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali (bagi) lelaki yang di
antaranya dan saudaranya permusuhan maka dikatakan; Lihatlah kepada dua
orang ini sehingga mereka berdua berdamai". (Direkodkan oleh Muslim)
9) Dicintai Allah SWT
فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱصۡفَحۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik". (al-Maaidah [5] : 13)
10) Ditinggikan kedudukan oleh Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat atau kedua-duanya.
Rasulullah SAW menyebut:
"Allah tidak
menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali
kemuliaan dan tidak merendah diri seseorang kepada Allah kecuali
diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).
Harapan dan
cita-cita kita ialah untuk mendapat cinta Allah. Sesungguhnya jika
seseorang itu dikasihi atau dicintai Alllah, para malaikat dan semua
manusia turut mengasihinya.
Orang yang sentiasa mendahului orang lain dalam melakukan amal kebajikan adalah orang yang mendapat kejayaan dan kelebihan.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Disebut dalam hadis tersebut bahwa orang yang paling mulia pada pandangan ALLAH adalah orang memberi maaf pada orang yang telah berbuat salah padanya, walaupn dia mampu untuk membalas dendam. Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah untuk kita sentiasa dalam keadaan bisa memaafkan kesalahnan orang lain, kerana yang hanya layak menghukum adalah ALLAH SWT. Adalah mustahil untuk kita sebagai manusia tidak melakukan kesalahan, kadang2 kita berbuat salah pada orang lain, jadi ambil sikap memaafkan supaya kesalahan yang kita lakukan juga akan dimaafkan...biizniLLAH...
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Banyak kelebihan bagi orang2 yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan di dunia ia perolehi, malahan akan mendapat kelebihan di hari akhirat kelak. Berusahalah kita untuk mencari dan mendapatkan peluang2 kelebihan yang telah ALLAH sediakan.
Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)
Sikap memaafkan juga dapat menimbulkan kasih sayang sesama manusia, menjauhkan kebencian, menjatuhkan nafsu amarah dan juga menjauhi daripada permusuhan dan pertelingkahan.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)
Sebagai seorang muslim, berusahalah kita sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan eratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...insyALLAH...
Subscribe to:
Comments (Atom)

