ramadhan hampir berakhir.... Alhamdulillah.... indah sungguh menikmati suasana berpuasa disamping keluarga. Syukur juga diberi ketenangan dan peluang beribadat walau dalam ribut kesibukan. Cuma kerap demam dan selsema dengan cuaca tak menentu. Fokus saya kini pada keluarga... mama, abah..adik-adik. Itulah dunia saya, kekuatan saya. Saya merasai indahnya cinta pada keluarga dan cinta pada Pencipta yang abadi... cinta kepada Rasulullah... cinta yang tak pernah mengecewakan.
Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)
No comments:
Post a Comment