Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Saturday, 25 August 2012
soalnya bila
cukup bosan tiap-tiap ditanya soal bila nak kawen. Kalo stakat sedara
mara tu ok lagi tapi mak sendiri hari-hari berleter. Ingat leh cari laki
kat tesco ke mama? Haha.. nanti la dulu. Cari yang jauh banyak lah
masalah. Kite cari dekat umah je ye. Lelaki kelantan ni dah pupus kut.
Yang bujang muda sume keje jauh-jauh. Tinggal la yang bujang lapuk je
duk intai-intai aku tiap kali kuar umah. Susah nak memilih sebab ini
soal seumur hidup. Bukan sehari nak kawin. Melihat masalah yang berlaku
pada kawan, pada family... saya agak memilih. Mahu yang terbaik bukan
hanya untuk diri tapi untuk kesenangan keluarga. Ramai lelaki yang baik
tapi ramai yang ada sifat negatif, paling tak pun merokok. Busuk la
weh.. Saya suka seorang pendengar... sebab saya suka bercerita... apa
saja yang berlaku seharian saya suka jika ada yang sanggup dengar
walaupun dia tak faham. Saya suka hadiah. Walaupun sekadar bantal hiasan
kecik sebab itu tanda ingatan. Hadiah tak perlu mahal tapi harus diberi
sokmo. Huhu... yang lain mesti lah faktor agama, kerjaya, dan rupa.
Saya pun banyak sifat negatif. Saya cukup sensitif dan mudah menangis.
Tu pasal takde orang nak kut. Apa pun.. serahkan pada Allah. Uihh..
tengah demam pun nak tulis mengarut cmni.. Sedih sebenarnya tak gi
sekolah. Ada jamuan hari raya. Terpaksa amik mc badan dah panas.. kalo
pegi pun tengok aje makanan tak leh nak telan. Kak Lin duk msg kate
budak-budak dah merengek cari teacher tak jumpa. Teacher pun merengek
takleh makan sate dan nasi beriani ngan korang. Wuuuu... tak larat nak
drive arini. Skolah 20minit gak baru sampai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment