Friday, 31 August 2012

tasbih

setiap ratap dan rintihan sakit ini adalah tasbih buatmu

Allah ampuni aku

Saturday, 25 August 2012

soalnya bila

cukup bosan tiap-tiap ditanya soal bila nak kawen. Kalo stakat sedara mara tu ok lagi tapi mak sendiri hari-hari berleter. Ingat leh cari laki kat tesco ke mama? Haha.. nanti la dulu. Cari yang jauh banyak lah masalah. Kite cari dekat umah je ye. Lelaki kelantan ni dah pupus kut. Yang bujang muda sume keje jauh-jauh. Tinggal la yang bujang lapuk je duk intai-intai aku tiap kali kuar umah. Susah nak memilih sebab ini soal seumur hidup. Bukan sehari nak kawin. Melihat masalah yang berlaku pada kawan, pada family... saya agak memilih. Mahu yang terbaik bukan hanya untuk diri tapi untuk kesenangan keluarga. Ramai lelaki yang baik tapi ramai yang ada sifat negatif, paling tak pun merokok. Busuk la weh.. Saya suka seorang pendengar... sebab saya suka bercerita... apa saja yang berlaku seharian saya suka jika ada yang sanggup dengar walaupun dia tak faham. Saya suka hadiah. Walaupun sekadar bantal hiasan kecik sebab itu tanda ingatan. Hadiah tak perlu mahal tapi harus diberi sokmo. Huhu... yang lain mesti lah faktor agama, kerjaya, dan rupa. Saya pun banyak sifat negatif. Saya cukup sensitif dan mudah menangis. Tu pasal takde orang nak kut. Apa pun.. serahkan pada Allah. Uihh.. tengah demam pun nak tulis mengarut cmni.. Sedih sebenarnya tak gi sekolah. Ada jamuan hari raya. Terpaksa amik mc badan dah panas.. kalo pegi pun tengok aje makanan tak leh nak telan. Kak Lin duk msg kate budak-budak dah merengek cari teacher tak jumpa. Teacher pun merengek takleh makan sate dan nasi beriani ngan korang. Wuuuu... tak larat nak drive arini. Skolah 20minit gak baru sampai.

Friday, 24 August 2012

welcome fever

semalam batuk.. arini dah tak kuar suara... chest pain. Arghhhh...sok da skolah.. ingatkan batuk sbb salah makan. Tak suka tak sukaaa... banyak keje buka skola ni. Time ni jugak nak sakit.

it feels itchy.. inside!

tekak gatal-gatal.. nak garu pun tak boleh sebab dalam tekak yang gatal. Batuk bunyi uhuk-uhuk macam mengada. But seriously it feels itchy... bukan batuk yang bunyi menggegar alam berkahak tu. Makan ape je tadi.. burger zinger kfc dan oooo... soft drink... lupa lak berpantang betul ngan air gas... Lo ni duk togok air suam.. semoga dapat hilangkan gatal tekak ni.

Thursday, 23 August 2012

pasca ramadhan

nametag holder in my car


tiba-tiba je rasa badan sangat berat dan terlalu penat... agaknya perlu sangat rehat... i mean 'betul-betul berehat'... sepanjang cuti raya ni pun terpaksa kerja dari pagi sampai malam. I know I can't push myself too much... akan ada masa sume ni akan memakan diri. Kul 5 petang semalam buat kali pertama dapat duk diam. Tinggal sorang di rumah. Tapi apa saya buat? Terjelepek macam kain buruk... Ya Allah baru terasa penat kerja sebulan... baru dapat bernafas rasanya. Takut jugak duk sorang... walaupun ada 2 ekor kucing temankan.. si Abe dan Kitty... tido same2... saya gulung makhluk tu dlm selimut.. sebab diorg slalu kuarkan kuku. Muka slalu calar.. bila geram dan kiss2 dia... skali kena cakar. nanges!

Malam hujan lebat... kilat sabung menyabung cam cite horror... rasa lah mood muvie The Haunted skit. Saya kunci semua pintu, tingkap dan check banyak kali. Nak lelap pun 2, 3 kali terjaga kaki cramp... sakit woo....  terpaksa geledah gobok cari stoking.. jumpa la sepasang walaupun kaler dan corak tak sama. Stoking kawin pun redah je lah. Macam baby dah rasa terpaksa tido berstoking.

Bangun pagi perasan ada pintu dapo yang selaknya sedikit terkopak... Pencuri kah? Tapi pintu grill nampak takde terjejas. Mission failed lah tu. Alhamdulillah tak de apa-apa.

Tengah tunggu mama balik... pulang dengan pelbagai persoalan...   Kepala rasa ting tong skang ni... bukan ngntuk tapi blur yang amat kerna kepenatan.

Wednesday, 15 August 2012

aku penyapu baru

ramadhan hampir berakhir.... Alhamdulillah.... indah sungguh menikmati suasana berpuasa disamping keluarga. Syukur juga diberi ketenangan dan peluang beribadat walau dalam ribut kesibukan. Cuma kerap demam dan selsema dengan cuaca tak menentu. Fokus saya kini pada keluarga... mama, abah..adik-adik. Itulah dunia saya, kekuatan saya. Saya merasai indahnya cinta pada keluarga dan cinta pada Pencipta yang abadi... cinta kepada Rasulullah... cinta yang tak pernah mengecewakan.

Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)