Friday, 8 June 2012

lawatan sambil belajar-kenduri di pulau lini

Teruja sangat menunggu hari kenduri abg lini... teruja kenduri orang?? bukan sebarang kenduri ni... atas pulau tau. Kawan saya ni umahnya di Pulau Dolah, atau Pulau Hj. Nik Mat. Satu family pegi.... nak merasa kenduri naik bot kan... maka pada pukul 2.30 petang bergerak lah kami menuju ke Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan.

Berpandukan arahan dari sms lini... saya tiba di pengkalan... ada 2 family yang sedang menanti bot. Nampak kat tangan diorang ada bawak hadiah... datang untuk tujuan sama la tu.. Cuaca sangat panas... seb baik ada payung dalam kete.. payung ditaja oleh BSN. (do pay for my ads ya!)

saya, baam dan payung tajaan
ni nape sedih sangat tak tau la..huhu

dengan handycam mama



Nampak abang ipar lini ke hulu ke hilir bertugas sebagai AJK pengangkutan. Bot nya... uhuuu... tinggi nak panjat.. ingatkan naik dari jeti kayu... rupanya bot singgah di pesisir.... so... langkah kasi luas.. kain nak tak nak...angkat tinggi-tinggi jugak lah.. ayoyo...

yang baju ijau tu abang ipar lini

Leh tahan ramai jugak isi satu bot.. duk himpit-himpir. Peh... pengalaman nih. Kata pakcik yang bawak bot tu air agak cetek minggu ni menyebabkan air masin kuala itu beralun kuat... ingatkan air banyak baru ombak besar... hehe.. kurang knowledge lagi tang air laut ni...

nak sampai dah...


dari jauh nampak pengantin menanti tetamu di jeti... Pengantin lelaki, abang si lini...ini merupakan perkahwinan yang kedua. Isteri pertama meninggal dalam kemalangan, anak dengan isteri pertama ada dua orang.. Alya mesti suka dapat mak baru kan..cian dia masa baby lagi dah kehilangan ibu.

yang kaler peach tu pengantin nya.. tak sempat nak snap gamba dekat.. jeti tu pun pesen terapung.. agak huyung-hanyang jugak kepala bila sampai.


Dan...dapat jumpa lini... dan mak dia yang sanggggatt peramah. Suka weh dapat jumpa roomate.. maka masing-masing bercerita lah pasal sekolah baru. Saya nampak sesuatu... henset baru lini... wowowo... patut laju je menghapdet status fb yer... hehehe

roomate tersayang, Azlini...jauhhhh dah kamu


Sedap gulai kambing kenduri ni... my fevret...

suasana bawah khemah...
ni dah nak balik dah..
kadang-kadang kan.....emmm


dan begitu lah perjalanan pada hari ini di kenduri lini

suka tengok gambar ni... tak heran lah lini jadi penulis yang baik. suasana atas pulau ni sangat nyaman..sunyi.. indah sangat.

p/s:  ada lagi yang berlaku pada waktu pagi...hehe.. met that person.. i mean.. in person...  :)

pejam mata

aku tidak kuat...
Allah....
aku hamba yang lemah
janganlah Kau menguji
lebih dari yang ku mampu

DIA sentiasa ada



Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani...

Thursday, 7 June 2012

sehari sebagai bibik

che sue datang bercuti di kelantan... tengahari saya kuar bawak budak-budak kecik ni berjalan sementara mak bapak diorang kuar shopping di rantau panjang... destinasi pertama.. taman tengku anis. tempat luas, ada taman rusa, tempat bermain kanak-kanak, dan jugak kolam mandi. Tapi takde lah nak mandi manda pun... susah lak saya sorang nak menguruskan budak-budak ni. Lepas bermain.. gi KBmall jap... makan eskrim.

hielman ngan nisa

baam, hielman, awateef, nisa

maaaaain je korang eh

betul-betul depan taman ni... QueensPark Boulevard.. bila nak buka ni... mau shopping sampai lebam. hahaha

"kak yana... man nak naik mende bulu-bulu ni.." -naik la man.... 3 hengget dpt 4 kali pusing mende ni.

melayan eskrim mekdi, chocotop

haaa.. penat da ek.. meh balik.

-malam ni... ade orang tu... naik bas. Kete kena langgar. Cian.... hati-hati di jalan raya. Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Yana.. ^.^



cari hidayah..

BILA BERCAKAP PASAL JODOH
RAMAI MEMILIH UNTUK BERUSAHA KERAS MENCARI
WALAUPUN SEDAR HAKIKAT JODOH SUDAH DITENTUKAN

TAPI BILA SEBUT SOAL HIDAYAH PULAK
RAMAI PULA MEMILIH UNTUK MENUNGGU
BIARPUN SEDAR HIDAYAH ITU PERLU DICARI
BUKANNYE JATUH KE RIBA