setiap ratap dan rintihan sakit ini adalah tasbih buatmu
Allah ampuni aku
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Friday, 31 August 2012
Saturday, 25 August 2012
soalnya bila
cukup bosan tiap-tiap ditanya soal bila nak kawen. Kalo stakat sedara
mara tu ok lagi tapi mak sendiri hari-hari berleter. Ingat leh cari laki
kat tesco ke mama? Haha.. nanti la dulu. Cari yang jauh banyak lah
masalah. Kite cari dekat umah je ye. Lelaki kelantan ni dah pupus kut.
Yang bujang muda sume keje jauh-jauh. Tinggal la yang bujang lapuk je
duk intai-intai aku tiap kali kuar umah. Susah nak memilih sebab ini
soal seumur hidup. Bukan sehari nak kawin. Melihat masalah yang berlaku
pada kawan, pada family... saya agak memilih. Mahu yang terbaik bukan
hanya untuk diri tapi untuk kesenangan keluarga. Ramai lelaki yang baik
tapi ramai yang ada sifat negatif, paling tak pun merokok. Busuk la
weh.. Saya suka seorang pendengar... sebab saya suka bercerita... apa
saja yang berlaku seharian saya suka jika ada yang sanggup dengar
walaupun dia tak faham. Saya suka hadiah. Walaupun sekadar bantal hiasan
kecik sebab itu tanda ingatan. Hadiah tak perlu mahal tapi harus diberi
sokmo. Huhu... yang lain mesti lah faktor agama, kerjaya, dan rupa.
Saya pun banyak sifat negatif. Saya cukup sensitif dan mudah menangis.
Tu pasal takde orang nak kut. Apa pun.. serahkan pada Allah. Uihh..
tengah demam pun nak tulis mengarut cmni.. Sedih sebenarnya tak gi
sekolah. Ada jamuan hari raya. Terpaksa amik mc badan dah panas.. kalo
pegi pun tengok aje makanan tak leh nak telan. Kak Lin duk msg kate
budak-budak dah merengek cari teacher tak jumpa. Teacher pun merengek
takleh makan sate dan nasi beriani ngan korang. Wuuuu... tak larat nak
drive arini. Skolah 20minit gak baru sampai.
Friday, 24 August 2012
welcome fever
semalam batuk.. arini dah tak kuar suara... chest pain. Arghhhh...sok da skolah.. ingatkan batuk sbb salah makan. Tak suka tak sukaaa... banyak keje buka skola ni. Time ni jugak nak sakit.
it feels itchy.. inside!
tekak gatal-gatal.. nak garu pun tak boleh sebab dalam tekak yang gatal. Batuk bunyi uhuk-uhuk macam mengada. But seriously it feels itchy... bukan batuk yang bunyi menggegar alam berkahak tu. Makan ape je tadi.. burger zinger kfc dan oooo... soft drink... lupa lak berpantang betul ngan air gas... Lo ni duk togok air suam.. semoga dapat hilangkan gatal tekak ni.
Thursday, 23 August 2012
pasca ramadhan
![]() |
| nametag holder in my car |
tiba-tiba je rasa badan sangat berat dan terlalu penat... agaknya perlu sangat rehat... i mean 'betul-betul berehat'... sepanjang cuti raya ni pun terpaksa kerja dari pagi sampai malam. I know I can't push myself too much... akan ada masa sume ni akan memakan diri. Kul 5 petang semalam buat kali pertama dapat duk diam. Tinggal sorang di rumah. Tapi apa saya buat? Terjelepek macam kain buruk... Ya Allah baru terasa penat kerja sebulan... baru dapat bernafas rasanya. Takut jugak duk sorang... walaupun ada 2 ekor kucing temankan.. si Abe dan Kitty... tido same2... saya gulung makhluk tu dlm selimut.. sebab diorg slalu kuarkan kuku. Muka slalu calar.. bila geram dan kiss2 dia... skali kena cakar. nanges!
Malam hujan lebat... kilat sabung menyabung cam cite horror... rasa lah mood muvie The Haunted skit. Saya kunci semua pintu, tingkap dan check banyak kali. Nak lelap pun 2, 3 kali terjaga kaki cramp... sakit woo.... terpaksa geledah gobok cari stoking.. jumpa la sepasang walaupun kaler dan corak tak sama. Stoking kawin pun redah je lah. Macam baby dah rasa terpaksa tido berstoking.
Bangun pagi perasan ada pintu dapo yang selaknya sedikit terkopak... Pencuri kah? Tapi pintu grill nampak takde terjejas. Mission failed lah tu. Alhamdulillah tak de apa-apa.
Tengah tunggu mama balik... pulang dengan pelbagai persoalan... Kepala rasa ting tong skang ni... bukan ngntuk tapi blur yang amat kerna kepenatan.
Wednesday, 15 August 2012
aku penyapu baru
ramadhan hampir berakhir.... Alhamdulillah.... indah sungguh menikmati suasana berpuasa disamping keluarga. Syukur juga diberi ketenangan dan peluang beribadat walau dalam ribut kesibukan. Cuma kerap demam dan selsema dengan cuaca tak menentu. Fokus saya kini pada keluarga... mama, abah..adik-adik. Itulah dunia saya, kekuatan saya. Saya merasai indahnya cinta pada keluarga dan cinta pada Pencipta yang abadi... cinta kepada Rasulullah... cinta yang tak pernah mengecewakan.
Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)
Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)
Sunday, 22 July 2012
meraih kekuatan untuk memaafkan...
sumber dari blog lain juga ni... bacaan sambil tunggu waktu mengajar sejam lagi...
Ya Allah.. manisnya kemaafan... kurniakan aku kekuatan untuk melakukannya.. Sungguh besar sekali ganjaran itu kerana ia perkara mudah yang SUKAR untuk dilakukan.
Di bawah ini saya salin beberapa ganjaran pahala apabila kita memaafkan kesilapan orang lain.
Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:
Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:
1) Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
2) Mendapat redha Allah SWT.
فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)
Maksud أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ ialah
ganjaran pahala yang dikurniakan sendiri oleh Allah SWT, bukan oleh
manusia seperti raja atau pemimpin dan sebagainya, malah ganjaran itu
datang daripada raja sekelian raja iaitu Allah SWT. Maka apakah yang
kita mahukan lebih daripada itu? Allah memberi jaminan dengan ganjaran
yang begitu besar.
3) Mendapat keuntungan yang besar (حَظٍّ عَظِيمٍ۬)
وَلَا
تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ
أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ
وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬
وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat". (Fussilat [41] : 34 - 35)
Dalam ayat ini
Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kejahatan yang dilakukan
oleh manusia dengan melakukan kebaikan semampu yang boleh. Dengan kata
lain kita perlu membalas setiap dosa orang kepada kita dengan kemaafan,
kemarahan dibalas dengan kesabaran, tidak mengambil kira kesilapan yang
telah berlaku serta rela menanggung keperitan daripada perlakuan orang
lain terhadap kita.
Mujahid al-Farra' berkata بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ ialah membalasnya dengan kesejahteraan dan keselamatan bagi kejahatan yang diterima dan bermaaf-maafan ketika bertemu. Dan ayat فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ (orang
yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan
menjadi seolah-olah seorang sahabat karib); menjelaskan hasil yang
diperoleh daripada tindakan memaafkan atau dengan kata lain membalas
dengan kebaikan bagi apa-apa kejahatan yang dilakukan terhadap kita;
dengan sendirinya dia akan bertukar daripada musuh kepada rakan karib.
Imam az-Zajjaj berkata, ayat ini وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ
bermaskud tidak dianugerahkan sifat ini (membalas kejahatan dengan
kebaikan) kecuali kepada orang-orang yang sabar menanggung kemarahan dan
keperitan.
Ayat ini pula وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬ bermaksud
ganjaran dan kebaikan yang diperoleh daripada orang yang mengamalkan
sifat-sifat di atas adalah orang-orang itu sangat beruntung. Qatadah
berkata "Keuntungan yang besar itu ialah balasan syurga"
4) Mendapat ganjaran pahala kerana meneladani salah satu sifat Allah iaitu al-'afwu.
Al-'afwu
bermaksud Allah Maha Memaafkan kesalahan. Allah mengampunkan dosa yang
dilakukan oleh hambaNya yang menderhaka dan Allah tidak membalas
kesalahan hambaNya semasa berada di dunia dengan menyegerakan hukuman.
إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa". (An-Nisa' [4] : 149)
Ayat
ini bermaksud Allah memaafkan dan mengampunkan dosa orang-orang yang
melakukan kejahatan walaupun Allah Berkuasa membalas dengan segera. Oleh
itu contohilah sifat Allah ini.
5) Mendapat pahala kerana mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Para
nabi dan rasul tidak pernah memabalas kejahatan kaum mereka. Para nabi
dan rasul menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Siapakah kita
sehingga kita tidak sanggup bersifat pemaaf dan menganggap sifat pemaaf
itu hina dan rendah?
6) Mendapat
kelebihan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memaafkan
kesilapan dan kejahatan orang lain terhadap kita dan mendapat ganjaran
syurga 'Adn.
"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (ar-Ra'd [13] : 22 - 24)
7) Kemaafan yang kita berikan adalah kebaikan yang kita lakukan dan akan dapat balasan yang baik.
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (ar-Rahmaan [55] : 60)
Allah
membalas hamba-hambaNya dengan balasan yang setimpal dengan kebaikan
yang dilakukan. Jika hambaNya memaafkan kesalahan orang maka Allah akan
memaakan dan mengampuni dosanya.
8) Mendapat kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT pada hari Isnin dan Khamis.
Rasulullah SAW bersabda;
"Dibukakan
pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap hamba yang
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali (bagi) lelaki yang di
antaranya dan saudaranya permusuhan maka dikatakan; Lihatlah kepada dua
orang ini sehingga mereka berdua berdamai". (Direkodkan oleh Muslim)
9) Dicintai Allah SWT
فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱصۡفَحۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik". (al-Maaidah [5] : 13)
10) Ditinggikan kedudukan oleh Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat atau kedua-duanya.
Rasulullah SAW menyebut:
"Allah tidak
menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali
kemuliaan dan tidak merendah diri seseorang kepada Allah kecuali
diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).
Harapan dan
cita-cita kita ialah untuk mendapat cinta Allah. Sesungguhnya jika
seseorang itu dikasihi atau dicintai Alllah, para malaikat dan semua
manusia turut mengasihinya.
Orang yang sentiasa mendahului orang lain dalam melakukan amal kebajikan adalah orang yang mendapat kejayaan dan kelebihan.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Disebut dalam hadis tersebut bahwa orang yang paling mulia pada pandangan ALLAH adalah orang memberi maaf pada orang yang telah berbuat salah padanya, walaupn dia mampu untuk membalas dendam. Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah untuk kita sentiasa dalam keadaan bisa memaafkan kesalahnan orang lain, kerana yang hanya layak menghukum adalah ALLAH SWT. Adalah mustahil untuk kita sebagai manusia tidak melakukan kesalahan, kadang2 kita berbuat salah pada orang lain, jadi ambil sikap memaafkan supaya kesalahan yang kita lakukan juga akan dimaafkan...biizniLLAH...
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Banyak kelebihan bagi orang2 yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan di dunia ia perolehi, malahan akan mendapat kelebihan di hari akhirat kelak. Berusahalah kita untuk mencari dan mendapatkan peluang2 kelebihan yang telah ALLAH sediakan.
Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)
Sikap memaafkan juga dapat menimbulkan kasih sayang sesama manusia, menjauhkan kebencian, menjatuhkan nafsu amarah dan juga menjauhi daripada permusuhan dan pertelingkahan.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)
Sebagai seorang muslim, berusahalah kita sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan eratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...insyALLAH...
Saturday, 21 July 2012
1 ramadhan di teratak nenda
![]() |
| gambar tahun 2010... di teganu.. |
nenda kesayanganku... anak-anak dan cucu memanggilnya dengan gelaran 'che'.... puas dipujuk... tak mau juga tinggalkan pondoknya di pasir tumboh. Katanya senang nak bergerak dalam rumah kecik... tak larat berjalan boleh mengengsot ke bilik air... tak susahkan orang. Ayoh De pun da ajak balik teganu.. Pun che bertegas taknak pegi. Saya dah bekalkan nuget, kurma, lauk-lauk... penuhkan dalam peti senang che nak panaskan atau goreng waktu sahur. Kesian fikirkan che duk sorang... saya tergerak nak temankan che berbuka... hari pertama ramadhan. Singgah di bazar beli air barli.. kuih jala mas. Makanan yang lain saya tak beli... mama dah bekalkan nasi ayam.
Kereta punya lah banyak... terkial-kial saya bagi isyarat tangan mintak orang bagi jalan masa nak masuk lorong. Kete cam tak putus je... orang semua berduyun-duyun ke bazar pada waktu tu. 15 minit sebelum berbuka saya tiba di pondok che. Gelap sangat.. che tak pasang lampu. Adui che.. risau. Nape tak pasang... risau je.
Azan berbunyi... baca doa berbuka.. kali ni saya betul-betul temankan che. Saya minum air dan makan kuih je. Insya'Allah esok saya puasa..
Suka tengok che makan berselera. Nasi ayam, ayam penyet, sup, salad... air barli.
"Tak payah la datang... makanan banyak lagi... ada ikan kering... che leh masak sayur lemak.. best je makan ngan ikan kering. Ayam kfc pun ada lagi che simpan.. leh carik-carik buh dalam sayur... takpe yana sibuk nanti che ada je makanan... "che mengomel sambil makan.
"Ade plak cerita kat cucu nak makan ikan kering je.... che ni.. meh la ikut yana balik... meh... ikut pasni ek... eh.. jap che.. mama call"
Sambil saya berkejar jawab panggilan mama.. sempat saya jeling tengok che kesat air mata. Ya Allah... apa lah dalam hati kecilnya itu.
Saya mandi dulu sebelum bergerak pulang.. jalan balik sangat gelap... selalu saya guna lorong jalan alternatif yang lebih dekat.. cepat sampai...
"Che.. yana nak balik dulu.. yana dah topupkan tepon che 3 ari lepas...ada apa-apa call je"
"Dah lama tak tepon sape-sape...che dah lupa camne nak dail..."
Hmmm... berat hatiku melangkah keluar.
"Bebaik bawak kete... che doa yana selamat sampai"
Salam ngan che... masa kete gerak che lambai... alahai.... hati rasa lain sangat.... Che... nape taknak duk ngan anak-anak.. kami risau che. Waktu melalui jambatan.. hujan renyai... dingin... sepanjang perjalanan ada sesuatu mengganggu fikiran.
Thursday, 19 July 2012
asthmatic
tercungap-cungap tengah malam. Sesak nafas tiba-tiba... cuaca sejuk sangat kut. Susah nak lelapkan mata. Rasa kul3.30 bru dapat pejam balik. Minum air suam... istighfar... terlelap sambil menyandar bantal di dinding... seb baik hospital betul-betul depan ni.
Wednesday, 18 July 2012
ihya' Ramadhan
![]() |
| [susunan Al-Quran] snapshot di surau sewaktu lawatan ke rumah warga emas. |
Ceramah ihya' ramadhan di sekolah... duk paling depan skali... maklumlah kite cikgu. Pengisian ceramah yang sangat padat, berkesan, kadang-kadang teraba-raba dalam beg cari tisu. Adakala isi ceramah itu menyentuh hati kecil ni.... saya rasa kerdil sekali. Semoga ramadhan ni menjadi bulan yang menjadi penawar, semoga doa-doa dimakbulkan. Akan kau cuba cari malam anugerah itu.... rahsia mu yang agung. Amin.
Allah... izinkan aku berbakti kepada orang tua. Cukup aku melihat keringat mereka membesarkan aku... sehingga kini menjagaku bagai menatang minyak yang penuh. Izinkan aku membahagiakan mereka, izinkan aku menunaikan permintaan mereka, menjejakkan kaki ke tanah suci. Allah.... kami bukanlah orang berada. Tapi berkat hidup sederhana kami... makan pakaiku cukup. Mendapat tunjuk ajar sehingga mampu menjadi seorang pendidik. Ampunkan kesalahanku yang kadangkala cuba membandingkan hidup kami dengan orang lain. Kadang-kadang pernah terdetik mengapa aku tak dapat itu... ini.... Allah.... astaghfirullah...
Ramadhan yang ku nanti.... aku rindu...
kuatkan hati ini Ya Allah...
aku ingin mencari cinta-Mu..
Sunday, 1 July 2012
munajat
dalam kesedihan yang teramat. Allah... tenangkanlah hatiku. Esok ada kelas awal pagi lagi. Nampaknya kena mula gerak awal. Sebab pagi tadi lambat sampai. Dan dengan mata bengkak ni.... nak sangat minta mc. Allah.... jangan kau uji ku begini.... waktu ini...
Saturday, 30 June 2012
aku yang kurus
timbang berat pagi ni berkurang lagi 2kg...aduyai.. kang dah nak masuk bulan puasa... mmg slim kerempeng lah nampaknya. Perut duk meragam lagi... rasanya ye kut... bukan sebab makanan tapi waktu makan yang tak menentu. Saya cuma lega bila muntahkan benda masam dalam perut ni... cecair likat warna kuning.. asid perut kah? perlu buat jadual kut. time makan telan je biskut atau roti.
tidak
maaf.... saya memang suka menerima teguran. Tapi tidak kepada ayat tadi. Maaf sekali lagi.
Friday, 29 June 2012
coret-coret buku hati
![]() |
| dah jumpa kuncinya ke? |
baru saja mengakhiri perbualan yang agak aneh. Mungkin permulaan hidup yang baru. Mungkin jawapan kepada doa.
Ya.. saya tersentuh dengan cara dan tutur katanya.
Saya ni tak lembut, bengis, mudah marah, mudah nangis. Saya banyak kekurangan... jangan lah guna kekerasan dan paksaan. Saya menerima teguran tetapi untuk berubah mungkin memakan masa.
Thursday, 28 June 2012
a secret
tadi punyalah lama tunggu adik guna bilik air... rupanya duk berendam dalam bathtub.. lama duk berkubang dalam tu. Maklumlah kemarau sekarang. Cuaca panas kering. terpikir cam bagus jugak yer idea adik ni. Tapi....
saya takut berendam dalam bathtub lama-lama. Saya takut tertidur dan mati lemas dalam air. Atau datang pembunuh upahan dalam citer horror omputeh. (kan selalu jadi kat bathtub)... hahaha... tinggi punya imaginasi.
Saya sangat tak ngam cuaca camni. Kulit naik ruam merah-merah cam baby. Yang paling best tentu lah tidur malam bertemankan hujan lebat mencurah... nyaman.
![]() |
| baby bear happy time |
saya takut berendam dalam bathtub lama-lama. Saya takut tertidur dan mati lemas dalam air. Atau datang pembunuh upahan dalam citer horror omputeh. (kan selalu jadi kat bathtub)... hahaha... tinggi punya imaginasi.
Saya sangat tak ngam cuaca camni. Kulit naik ruam merah-merah cam baby. Yang paling best tentu lah tidur malam bertemankan hujan lebat mencurah... nyaman.
rindukan kamu sahabat
![]() |
| shoulder to cry on |
kali pertama saya hantar buku rancangan mengajar... maklumlah asyik dikerah ke luar sekolah je setiap khamis... sangat panas cuaca sekarang... saya perasan tangan sudah berbelang memandu dalam panas terik matahari. Kulit saya nipis.. memang kena panas sikit cepat je berjalur.
Perjalanan hidup agak teratur. Walaupun penuh badai berjuang setiap saat. Alhamdulillah... baru saja ke JPN amik surat lantikan dari SPP. Urusan di mahkamah pun dah buat semalam. Walaupun agak ketinggalan berbanding sahabat di borneo, saya masih bernasib baik tinggal bersama keluarga. Tak perlu risaukan makan pakai dan tempat berteduh.
Rindu gilaaa ngan roomate dulu.. aduh la... tadi agak lama berborak ngan telefon. Saya dah lupa kali terakhir saya benar-benar ketawa dengan jenaka seharian dalam bilik di rumah sewa. Bagai nak putus urat perut ketawa. Allah... sahabat adalah anugerah istimewa.. mereka tidak sempurna... seperti juga kita. Saling melengkapi... aku merinduimu sahabat. Sudah hilang segala keruh...yang kusimpan hanya kenangan indah yang kami redahi bersama. Sayang kamu Ain dan Enun~ <3
Insya-Allah saya nak sangat jumpa kamu nanti. Tunggu tarikh untuk appoinment di hospital. Harap sangat selesai... ni dah kali kedua dalam tahun ni.
Tuesday, 26 June 2012
giant EPO capsules
Pegi watson... beli sabun.. macam-macam lah.. Disebabkan kebelakangan ini dilanda stress yang secara tidak langsung mengganggu biologi badan... nak la cuba supplement. Tanya ngan pharmacist tu dia suggest amik EPO. Harap takde la nak terpekik guling-guling nangis tengah malam lagi.. azab woo... EPO? ape tu? bkn EPL tau....
Saya amik dos 1000mg. Sebab kalo amik yang 500mg kena gak telan 2 biji. Tapi..... tapi... tapi kan.... uwaaaaaaa.... gila punya besar capsule ni.. terkulat-kulat tengok tilik-tilik... mak aih... muat ke anak tekak takut tercekik. (memang jenis takut telan ubat pon).
Apa khasiatnya... ada yang kata leh buat muka jadi lawa... tapi most important.. untuk dalaman orang pompuan lah yer... google lah sendiri. Diharap dengan pengambilan EPO ni hidup saya aman dan tenteram Insya-Allah....
![]() |
| evening primrose oil capsules |
Apa khasiatnya... ada yang kata leh buat muka jadi lawa... tapi most important.. untuk dalaman orang pompuan lah yer... google lah sendiri. Diharap dengan pengambilan EPO ni hidup saya aman dan tenteram Insya-Allah....
Sunday, 24 June 2012
kerja yang ikhlas
burn lagi weekend ku yang indah... sekali lagi jadi wartawan cover event negeri... hangat juga suasana meeting pagi tadi. Tapi redha je lah. Kata pengetua kerja kena ikhlas. Insya'Allah keikhlasan itu besar ganjarannya. Mungkin bukan sekarang.. mungkin manfaat untuk anak-anak nanti. Siapa tahu...
perlu lakukan sesuatu
jalan tendong-pasir mas... tempat yang ternyata banyak meragut nyawa. Malam ini satu lagi kejadian... kemalangan maut penunggang motosikal bertembung dengan kereta. Pelajar tingkatan 5. Adik mintak nak pinjam kereta tadi nak pegi tengok arwah di hospital. Hmmm... memang bila jadi macam ni... baru semua bising..kecoh...macam-macam lah. Tak perlu menuding jari salah siapa. Saya dah fobia sangat. Tolonglah lakukan sesuatu... cukup lah dengan air mata. Saya tak mahu tengok jalan ini dibasahi darah lagi. Darah anak-anak muda yang masih di bangku sekolah... yang masih belum sempat berbakti kepada ibu bapa...
Saya belum melihat usaha yang benar-benar dapat membantu dan menyedarkan masyarakat bahawa jalan ini bukan lah litar lumba percuma... di sini ada sekolah...ada klinik.. tempat ramai orang awam..orang kampung menyeberangi.. tolonglah perlahankan kereta... ko ada kete nak sangat pecut pegi la tempat lain... nak sangat langgar pegi cari tiang lampu. Jangan langgar anak orang!
Allah lindungi lah aku dan keluarga.... amin.
Saya belum melihat usaha yang benar-benar dapat membantu dan menyedarkan masyarakat bahawa jalan ini bukan lah litar lumba percuma... di sini ada sekolah...ada klinik.. tempat ramai orang awam..orang kampung menyeberangi.. tolonglah perlahankan kereta... ko ada kete nak sangat pecut pegi la tempat lain... nak sangat langgar pegi cari tiang lampu. Jangan langgar anak orang!
Allah lindungi lah aku dan keluarga.... amin.
hari-hariku
balik skolah kul2.30.. lenggang-lenggang kete gerak kul2.45... sampai umah kul 3.15... g amik adik tunggu dalam bilik gerakan... adik kuar kul4.. anta mama g pasir pekan... g klinik kat SBJ... bli nasi air kt kahfi... sampai umah kul 5.20. Bantal... i miss u deeply.... owh.. malam ni dah boleh mengaji.. yeyy!
Subscribe to:
Posts (Atom)







