Sunday, 24 June 2012

perlu lakukan sesuatu

jalan tendong-pasir mas... tempat yang ternyata banyak meragut nyawa. Malam ini satu lagi kejadian... kemalangan maut penunggang motosikal bertembung dengan kereta. Pelajar tingkatan 5. Adik mintak nak pinjam kereta tadi nak pegi tengok arwah di hospital. Hmmm... memang bila jadi macam ni... baru semua bising..kecoh...macam-macam lah. Tak perlu menuding jari salah siapa. Saya dah fobia sangat. Tolonglah lakukan sesuatu... cukup lah dengan air mata. Saya tak mahu tengok jalan ini dibasahi darah lagi. Darah anak-anak muda yang masih di bangku sekolah... yang masih belum sempat berbakti kepada ibu bapa...

Saya belum melihat usaha yang benar-benar dapat membantu dan menyedarkan masyarakat bahawa jalan ini bukan lah litar lumba percuma... di sini ada sekolah...ada klinik.. tempat ramai orang awam..orang kampung menyeberangi.. tolonglah perlahankan kereta... ko ada kete nak sangat pecut pegi la tempat lain... nak sangat langgar pegi cari tiang lampu. Jangan langgar anak orang! 

Allah lindungi lah aku dan keluarga.... amin.

No comments:

Post a Comment