Sunday, 10 June 2012

traffic light yang makin banyak

hidup penuh dengan lampu isyarat... ada kala kena berhenti sekejap



arini depan smk tendong dah berfungsi traffic light nye.... baru dibina awal bulan ni. Seksa menunggu nak kuar dari lorong masuk jalan besar. Besok kena guna jalan alternatif kut... arini sampai sekolah pukul 7.26...agak kurang best. Pecut kemain lagi kat highway Salor. Gerun lak kalo hari-hari rushing macam ni. Nak duk kuarters..tak tau lagi ada kekosongan atau tak... dan tak tau nak duk sorang-sorang macam mana.

Sebenarnya dulu biasa je kuar umah kul 6.30... tapi semenjak keje interim aritu stay kat kuarters.. pukul 7.20 baru terkedek-kedek kuar umah.. pagi sempat buat sarapan dan makan di rumah... mekap lama-lama. Maklumlah pejabat sekolah kat hujung tangga je. Nampaknya saya kena set masa lebih awal. Ni dah keje tetap dah.... mungkin kena beli banyak-banyak tudung jenis yang senang pakai... tak perlu lah ambil masa lama untuk iron dan pakai... sebab saya selalu pakai tudung bawal... yang macam-macam pesen saya gayakan.

~Hidup berubah..banyak sangat yang berubah... terlalu banyak rutin yang berubah... masih berdoa... Allah tenangkan hati ini. Sekejap sahaja ku alpa.... saat itu juga berat fikiranku... Aku sedar ketenangan hanya dengan mengingatimu. 




penghujung hari pertama



saya... abis latihan kul 5.15.... drive sampai umah kul6.35... saya lapar sangat-sangat. Mengigil tangan tadi drive. Padan muka sape suh tak makan... ingatkan latihan kejap je. Lutut pun cari pasal denyut-denyut kat tempat lebam. Menaip sambil kepala peninggggggg.... tahan tak nak tido. Tak molek lelap lewat petang. Esok, lusa dan seterusnya.... saya akan terlibat lagi dengan choral speaking ni....


-saya harap dia selamat sampai. Hati-hati

my not so first day in school


mau jadi cikgu terbaik untuk anak-anak didik.


sebenarnya ini hari kedua di sekolah... ari pertama saya lapor diri kebetulan ada sambutan hari guru.. lain kali saya cerita pasal ari tu..ada skit gamba dalam dalam enset.

hari ni.. baru register thumbprint.. agak jakun di situ. Tak penah lagi hayat pakai thumbprint. Sebelum ni kat sekolah-sekolah saya berkhidmat (praktikum dan interim) sume pakai punch card saja. Saya serahkan salinan dokumen penting untuk kegunaan pejabat.

pagi tadi di perhimpunan.... baru tahu ada 2 lagi guru baru. Tapi bukan freshie lah. Sorang yang berkhidmat di Sarawak, dan sorang lagi dari Perak. Masih kekal lah status saya sebagai satu-satunya cikgu fresh lagi bujangs.... Kena la berdiri tadi perkenal diri. (malu la...mehmehmeh)

Saya jadi rebutan cikgu-cikgu. Ahahaha..poyo ayat. Untung atau kesian tak tau lah. Ada yang suh ikut kem kepimpinan Bahasa, ada yang suh join lawatan kelab, ada yang suh handle choral speaking. Saya tak tau nak angguk yang mana satu. Ikut aje lah.....mana-mana pun boleh. Saya ni kan orang baru. Mana leh nak ngade tolak. Harus diingat...saya kini di sebuah sekolah elit dan semua cikgu sangat berpengalaman. Jadi rendahkan diri...belajar lah dari yang sudah banyak pengalaman. Saya benar-benar rasa kerdil di sini..yang sememangnya rendah kecik molek.

masih belum ada jadual waktu mengajar. Jadi duduk berborak berkenalan dengan guru-guru. Setakat ni semua baik. Semua sangat peramah. Cuma saya masih belum ada tempat duduk dalam bilik guru. Menumpang meja orang dulu.

Sekarang sedang bersendiri. Dengar lagu 'Sakura' nyayian Adira berulang kali. Tunggu latihan choral speaking yang bermula pukul 3.30. Budak-budak nak solat dan makan dahulu.

Allah..permudahkan lah.

Saturday, 9 June 2012

satu kehilangan... satu permulaan

kisah ini sudah saya ceritakan dahulu... hanya kawan-kawan rapat sahaja tahu... saya ni... jenis cam mesin rosak kut. sekali menangis...4 jam pun lum tentu berenti air mata. Jadilah seperti mata ikan flower horn.

Detik yang paling menyedihkan dalam hidup saya. Menyaksikan kemalangan adik... dilanggar kereta.. depan mata sume tu.

Kereta apa?-kancil. Kat mana?- depan umah. Sape yang langgar? Pompuan..ntah sape... tak kenal. Antara soalan yang berulang kali saya jawab bila ditanya. Peristiwa ni memberi trauma yang hebat dalam hidup saya. Tipu lah cakap masa dapat mengubati. Kesedihan tu kekal... cuma berbekalkan redha... setiap kali teringat saya akan lebih berhati-hati... dan juga akan mendoakan orang lain juga sentiasa dalam perlindungan Ilahi.

Hari kejadian itu amat jelas dalam ingatan. Seolah-olah satu tayangan yang boleh diceritakan dengan terperinci. Namun... sukar diungkapkan dengan kata-kata. Lidah saya terkunci. Sewaktu adik dilanggar kenderaan yang bergerak laju tu... arwah melambung ke atas kereta... lalu tergolek jatuh di atas jalan. Kereta kancil tu berhenti. Along yang ada berdekatan segera berlari mendapatkan adik. Saya... terduduk. Dalam hati saya... "Allah... adik tak apa-apa...adik pengsan je....". Saya pujuk hati yang masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kebetulan klinik hanya di sebelah rumah. Abah sudah tidak keruan.. melihat kereta itu agak kemek di hadapan.. melanggar adik saya yang bertubuh kecil... arwah berumur 9 tahun waktu tu. Arwah diberi rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital besar sejurus kemudian.. namun..saya diberitahu... arwah meninggal dalam perjalanan ke HKB.

Mama berada di Jeli membawa pelajar sekolah untuk aktiviti kelab bergegas pulang bila mendapat berita. Sungguh mama wanita tabah. Kuat menahan air matanya memujuk abah yang masih dalam raungan meratap kehilangan anak. Jenazah di bawa ke rumah nenek (sebelah abah) di kampung Kutan Sungai... untuk disemadikan bersebelahan pusara Tok Ayah. Saat menanti jenazah tiba saya rasakan cukup menghibakan. Saya nampak dari tingkap van putih tiba. Tangga umah tinggi... 4 orang kakitangan hospital dan juga pakcik Rusydan membawa jenazah naik ke atas. Allah! merah pekat kain yang menutup bahagian kepala arwah... azab nya sakit adikku ya Allah. Saya peluk erat mama... baam masih lagi kecil.. baru pandai bertutur... diam saja di sudut rumah memerhati anehnya peristiwa pada hari itu....

Malam tersebut saya dan along menemani pakcik rusydan ke balai polis... urusan dokumen kematian arwah. Keesokan harinya orang datang bertali arus melawat dan memberi ucapan takziah... jenazah disemadikan pada pukul 8.30 pagi.

janji yang pasti... untuk kembali pada-Nya

Mulanya tertanya-tanya. Kenapa dia yang diambil. Dia yang paling baik, dia yang paling comel, dia yang paling rajin dan menyenangkan hati.... jawapannya ialah, dia insan yang dipilih Ilahi untuk menjadi ahli syurga. Jawapan itu sedikit sebanyak mengubati kesedihan...

Masa begitu pantas berlalu... peristiwa pahit itu meninggalkan trauma pada saya tentang kecekapan seorang pemandu perempuan. Saya...sangat susah untuk menaiki kereta yang dipandu perempuan. Saya juga sangat tidak yakin untuk belajar memandu kerana risau akan menyebabkan kecelakaan. Tambahan lagi pada akhir sem di UPSI, roomate saya patah paha dilanggar pemandu wanita yang cuai. Kadang-kadang saya diperli kerana masih tidak ada lesen memandu sewaktu di universiti. Kata lah apa sahaja kerana anda tidak tahu apa yang saya rasa!

Akhirnya.. ada sesuatu yang menggerakkan hati saya. Keengganan saya memandu akan menyusahkan orang lain. Saya tak suka dilabel sebagai beban. Jadi... satu sejarah pada akhir 2011 saya berjaya menamatkan latihan memandu dan mempunyai lesen kelas D. Saya akan cuba memandu dengan berhati-hati. Berbuih mulut mama berpesan setiap kali saya bergerak ke tempat kerja. Baca doa naik kenderaan... baca Bismillah sokmo!

Afiq.. doakan kakak berjaya dalam hidup. Tunggu kakak.

Esok bermula dengan rasminya saya bergelar guru. Insya'Allah....





kosong..

mungkin... dia main-main saja

iqra'

bagaikan satu keajaiban... setiap kali membaca ayat-ayat suci.. satu hembusan ketenangan hadir. Subhanallah.... rahsia Pencipta Alam.

lebam... wuuuuuu

hujan tiba-tiba turun lebat. Saya lari turun tangga... dan tersadung di 4 anak tangga akhir... senyap jap kat situ... Aduiiii... sengal sampai ke tulang... pas angkat baju.... duk dediam dalam bilik. Layan lutut dan paha yang lebam biru. Esok dah sekolah..... adui sekali lagi...




gambo hiasan