Sunday, 10 June 2012

my not so first day in school


mau jadi cikgu terbaik untuk anak-anak didik.


sebenarnya ini hari kedua di sekolah... ari pertama saya lapor diri kebetulan ada sambutan hari guru.. lain kali saya cerita pasal ari tu..ada skit gamba dalam dalam enset.

hari ni.. baru register thumbprint.. agak jakun di situ. Tak penah lagi hayat pakai thumbprint. Sebelum ni kat sekolah-sekolah saya berkhidmat (praktikum dan interim) sume pakai punch card saja. Saya serahkan salinan dokumen penting untuk kegunaan pejabat.

pagi tadi di perhimpunan.... baru tahu ada 2 lagi guru baru. Tapi bukan freshie lah. Sorang yang berkhidmat di Sarawak, dan sorang lagi dari Perak. Masih kekal lah status saya sebagai satu-satunya cikgu fresh lagi bujangs.... Kena la berdiri tadi perkenal diri. (malu la...mehmehmeh)

Saya jadi rebutan cikgu-cikgu. Ahahaha..poyo ayat. Untung atau kesian tak tau lah. Ada yang suh ikut kem kepimpinan Bahasa, ada yang suh join lawatan kelab, ada yang suh handle choral speaking. Saya tak tau nak angguk yang mana satu. Ikut aje lah.....mana-mana pun boleh. Saya ni kan orang baru. Mana leh nak ngade tolak. Harus diingat...saya kini di sebuah sekolah elit dan semua cikgu sangat berpengalaman. Jadi rendahkan diri...belajar lah dari yang sudah banyak pengalaman. Saya benar-benar rasa kerdil di sini..yang sememangnya rendah kecik molek.

masih belum ada jadual waktu mengajar. Jadi duduk berborak berkenalan dengan guru-guru. Setakat ni semua baik. Semua sangat peramah. Cuma saya masih belum ada tempat duduk dalam bilik guru. Menumpang meja orang dulu.

Sekarang sedang bersendiri. Dengar lagu 'Sakura' nyayian Adira berulang kali. Tunggu latihan choral speaking yang bermula pukul 3.30. Budak-budak nak solat dan makan dahulu.

Allah..permudahkan lah.

No comments:

Post a Comment