Monday, 18 June 2012

berulang kali diuji

kadang-kadang kita rasa kuat... kadang-kadang rapuh juga. Kerana sering disogok harapan menggunung... bila sekali harapan tu jatuh, beban yang ditanggung pun sangatlah berat dan menyakitkan. Sekali hal ni berlaku, kita pasti sedaya upaya mengelak ia berulang. Namun.. jika ditakdirkan kita diuji berulang kali.... merasa sakit itu berkali-kali... tetapkan lah hatimu.... kerana Dia sangat menyayangi dan rindu rintihanmu. 


Kadang-kadang aku malu untuk berdoa bila merasa kerdil dan adakah aku layak untuk memohon kebahagiaan... andai bahagia di dunia itu menjauhkan aku dari mengingati-Mu....

Allah... aku buntu... kurniakan yang terbaik untukku kerana Kau Maha Mengetahui... permudahkanlah urusan kehidupan seharianku. Masih banyak yang perlu ku pelajari. Berkatilah perjalananku dalam mencari rezeki yang halal. Berkatilah anak-anak didikku. Peliharalah keluargaku..sahabat-sahabatku agar sentiasa dalam rahmatmu. Ampunilah dosa kami. Amin..

No comments:

Post a Comment