Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredhaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu.
Friday, 22 June 2012
setia. positif atau negatif?
setia.. apakah pengertian sifat ini
adakah anda berpendapat ia sesuatu yang positif atau negatif?
di sini saya belajar bahawa sifat ini menguntungkan pihak lain dan bukan bagi pemilik sifat ini. Ia hanya menguntungkan bila kedua-dua pihak memilikinya. Setia untuk adakala sementara..dan ada yang berkekalan sepanjang hayat. Malanglah bagi yang setia sepanjang hayat...bila dikhianati sifat ini ibarat racun yang melumpuhkan segala segala deria, mental dan fizikal. Tiada ubat, tiada doktor dan tiada sesiapapun yang mampu mengeluarkan racun ini. Penyembuhnya hanya Allah.
Setia yang tidak berbelah bagi hanya layak untuk Dia pemilik segala hati. Ya Allah... kau cabutlah sifat ini jika aku hanya menggunakannya untuk menyakiti diri. Setia pada manusia hanya menyebabkan aku dihina seperti anjing yang menanti di kuburan tuannya. Sedangkan setia pada-Mu abadi tiada penghujung walaupun dunia hancur berkecai.
Labels:
monolog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment