Friday, 31 August 2012

tasbih

setiap ratap dan rintihan sakit ini adalah tasbih buatmu

Allah ampuni aku

Saturday, 25 August 2012

soalnya bila

cukup bosan tiap-tiap ditanya soal bila nak kawen. Kalo stakat sedara mara tu ok lagi tapi mak sendiri hari-hari berleter. Ingat leh cari laki kat tesco ke mama? Haha.. nanti la dulu. Cari yang jauh banyak lah masalah. Kite cari dekat umah je ye. Lelaki kelantan ni dah pupus kut. Yang bujang muda sume keje jauh-jauh. Tinggal la yang bujang lapuk je duk intai-intai aku tiap kali kuar umah. Susah nak memilih sebab ini soal seumur hidup. Bukan sehari nak kawin. Melihat masalah yang berlaku pada kawan, pada family... saya agak memilih. Mahu yang terbaik bukan hanya untuk diri tapi untuk kesenangan keluarga. Ramai lelaki yang baik tapi ramai yang ada sifat negatif, paling tak pun merokok. Busuk la weh.. Saya suka seorang pendengar... sebab saya suka bercerita... apa saja yang berlaku seharian saya suka jika ada yang sanggup dengar walaupun dia tak faham. Saya suka hadiah. Walaupun sekadar bantal hiasan kecik sebab itu tanda ingatan. Hadiah tak perlu mahal tapi harus diberi sokmo. Huhu... yang lain mesti lah faktor agama, kerjaya, dan rupa. Saya pun banyak sifat negatif. Saya cukup sensitif dan mudah menangis. Tu pasal takde orang nak kut. Apa pun.. serahkan pada Allah. Uihh.. tengah demam pun nak tulis mengarut cmni.. Sedih sebenarnya tak gi sekolah. Ada jamuan hari raya. Terpaksa amik mc badan dah panas.. kalo pegi pun tengok aje makanan tak leh nak telan. Kak Lin duk msg kate budak-budak dah merengek cari teacher tak jumpa. Teacher pun merengek takleh makan sate dan nasi beriani ngan korang. Wuuuu... tak larat nak drive arini. Skolah 20minit gak baru sampai.

Friday, 24 August 2012

welcome fever

semalam batuk.. arini dah tak kuar suara... chest pain. Arghhhh...sok da skolah.. ingatkan batuk sbb salah makan. Tak suka tak sukaaa... banyak keje buka skola ni. Time ni jugak nak sakit.

it feels itchy.. inside!

tekak gatal-gatal.. nak garu pun tak boleh sebab dalam tekak yang gatal. Batuk bunyi uhuk-uhuk macam mengada. But seriously it feels itchy... bukan batuk yang bunyi menggegar alam berkahak tu. Makan ape je tadi.. burger zinger kfc dan oooo... soft drink... lupa lak berpantang betul ngan air gas... Lo ni duk togok air suam.. semoga dapat hilangkan gatal tekak ni.

Thursday, 23 August 2012

pasca ramadhan

nametag holder in my car


tiba-tiba je rasa badan sangat berat dan terlalu penat... agaknya perlu sangat rehat... i mean 'betul-betul berehat'... sepanjang cuti raya ni pun terpaksa kerja dari pagi sampai malam. I know I can't push myself too much... akan ada masa sume ni akan memakan diri. Kul 5 petang semalam buat kali pertama dapat duk diam. Tinggal sorang di rumah. Tapi apa saya buat? Terjelepek macam kain buruk... Ya Allah baru terasa penat kerja sebulan... baru dapat bernafas rasanya. Takut jugak duk sorang... walaupun ada 2 ekor kucing temankan.. si Abe dan Kitty... tido same2... saya gulung makhluk tu dlm selimut.. sebab diorg slalu kuarkan kuku. Muka slalu calar.. bila geram dan kiss2 dia... skali kena cakar. nanges!

Malam hujan lebat... kilat sabung menyabung cam cite horror... rasa lah mood muvie The Haunted skit. Saya kunci semua pintu, tingkap dan check banyak kali. Nak lelap pun 2, 3 kali terjaga kaki cramp... sakit woo....  terpaksa geledah gobok cari stoking.. jumpa la sepasang walaupun kaler dan corak tak sama. Stoking kawin pun redah je lah. Macam baby dah rasa terpaksa tido berstoking.

Bangun pagi perasan ada pintu dapo yang selaknya sedikit terkopak... Pencuri kah? Tapi pintu grill nampak takde terjejas. Mission failed lah tu. Alhamdulillah tak de apa-apa.

Tengah tunggu mama balik... pulang dengan pelbagai persoalan...   Kepala rasa ting tong skang ni... bukan ngntuk tapi blur yang amat kerna kepenatan.

Wednesday, 15 August 2012

aku penyapu baru

ramadhan hampir berakhir.... Alhamdulillah.... indah sungguh menikmati suasana berpuasa disamping keluarga. Syukur juga diberi ketenangan dan peluang beribadat walau dalam ribut kesibukan. Cuma kerap demam dan selsema dengan cuaca tak menentu. Fokus saya kini pada keluarga... mama, abah..adik-adik. Itulah dunia saya, kekuatan saya. Saya merasai indahnya cinta pada keluarga dan cinta pada Pencipta yang abadi... cinta kepada Rasulullah... cinta yang tak pernah mengecewakan.

Cabaran di sekolah amat hebat sehingga kini saya masih ragu mampukah saya mengharunginya. Semoga teman-teman semua dapat saling membantu. Kita sama-sama usahakan. Entah apa rasionalnya melambakkan kerja kepada junior yang baru bertatih mengenali dunia sebenar pendidikan. Istilah 'penyapu baru' yang hanya mampu mengiyaka setiap kali diberi tugasan, saya melihat dari sudut positif.. ya... mewujudkan Program Pembangunan Guru Baru tu bagus. Tapi kami masih perlu bimbingan dan beban kerja di sekolah sangat hebat dengan wujudnya pelbagai perkara baru, PBS, SAPS, dan pelbagai program-program tambahan jika sekolah anda bukan calang-calang kedudukannya. Guru-guru senior merungut, apatah lagi kami yang baru (namun hanya mampu berkata dalam hati..)


Sunday, 22 July 2012

meraih kekuatan untuk memaafkan...



sumber dari blog lain juga ni... bacaan sambil tunggu waktu mengajar sejam lagi...

Ya Allah.. manisnya kemaafan... kurniakan aku kekuatan untuk melakukannya.. Sungguh besar sekali ganjaran itu kerana ia perkara mudah yang SUKAR untuk dilakukan.


Di bawah ini saya salin beberapa ganjaran pahala apabila kita memaafkan kesilapan orang lain


Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:

1) Mendapat keampunan daripada Allah SWT.

وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
2)  Mendapat redha Allah SWT.

فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)
Maksud أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ ialah ganjaran pahala yang dikurniakan sendiri oleh Allah SWT, bukan oleh manusia seperti raja atau pemimpin dan sebagainya, malah ganjaran itu datang daripada raja sekelian raja iaitu Allah SWT. Maka apakah yang kita mahukan lebih daripada itu? Allah memberi jaminan dengan ganjaran yang begitu besar.

3)  Mendapat keuntungan yang besar (حَظٍّ عَظِيمٍ۬)

وَلَا تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ‌ۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬
وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.  Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat". (Fussilat [41] : 34 - 35)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kejahatan yang dilakukan oleh manusia dengan melakukan kebaikan semampu yang boleh. Dengan kata lain kita perlu membalas setiap dosa orang kepada kita dengan kemaafan, kemarahan dibalas dengan kesabaran, tidak mengambil kira kesilapan yang telah berlaku serta rela menanggung keperitan daripada perlakuan orang lain terhadap kita.

Mujahid al-Farra' berkata بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ ialah membalasnya dengan kesejahteraan dan keselamatan bagi kejahatan yang diterima dan bermaaf-maafan ketika bertemu. Dan ayat  فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ (orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib); menjelaskan hasil yang diperoleh daripada tindakan memaafkan atau dengan kata lain membalas dengan kebaikan bagi apa-apa kejahatan yang dilakukan terhadap kita; dengan sendirinya dia akan bertukar daripada musuh kepada rakan karib.

Imam az-Zajjaj berkata, ayat ini وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ  bermaskud tidak dianugerahkan sifat ini (membalas kejahatan dengan kebaikan) kecuali kepada orang-orang yang sabar menanggung kemarahan dan keperitan.

Ayat ini pula وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬ bermaksud ganjaran dan kebaikan yang diperoleh daripada orang yang mengamalkan sifat-sifat di atas adalah orang-orang itu sangat beruntung. Qatadah berkata "Keuntungan yang besar itu ialah balasan syurga"

4)   Mendapat ganjaran pahala kerana meneladani salah satu sifat Allah iaitu al-'afwu.

Al-'afwu bermaksud Allah Maha Memaafkan kesalahan. Allah mengampunkan dosa yang dilakukan oleh hambaNya yang menderhaka dan Allah tidak membalas kesalahan hambaNya semasa berada di dunia dengan menyegerakan hukuman.

إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa". (An-Nisa' [4] : 149)

Ayat ini bermaksud Allah memaafkan dan mengampunkan dosa orang-orang yang melakukan kejahatan walaupun Allah Berkuasa membalas dengan segera. Oleh itu contohilah sifat Allah ini.

5)  Mendapat pahala kerana mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Para nabi dan rasul tidak pernah memabalas kejahatan kaum mereka. Para nabi dan rasul menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Siapakah kita sehingga kita tidak sanggup bersifat pemaaf dan menganggap sifat pemaaf itu hina dan rendah?

6)  Mendapat kelebihan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memaafkan kesilapan dan kejahatan orang lain terhadap kita dan mendapat ganjaran syurga 'Adn.

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (ar-Ra'd [13] : 22 - 24)

7)  Kemaafan yang kita berikan adalah kebaikan yang kita lakukan dan akan dapat balasan yang baik.
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (ar-Rahmaan [55] : 60)

Allah membalas hamba-hambaNya dengan balasan yang setimpal dengan kebaikan yang dilakukan. Jika hambaNya memaafkan kesalahan orang maka Allah akan memaakan dan mengampuni dosanya.

8)  Mendapat kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT pada hari Isnin dan Khamis.

Rasulullah SAW bersabda;

"Dibukakan pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali (bagi) lelaki yang di antaranya dan saudaranya permusuhan maka dikatakan; Lihatlah kepada dua orang ini sehingga mereka berdua berdamai". (Direkodkan oleh Muslim)

9)  Dicintai Allah SWT

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱصۡفَحۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik". (al-Maaidah [5] : 13)


10) Ditinggikan kedudukan oleh Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat atau kedua-duanya.

Rasulullah SAW menyebut:

"Allah tidak menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali kemuliaan dan tidak merendah diri seseorang kepada Allah kecuali diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).

Harapan dan cita-cita kita ialah untuk mendapat cinta Allah. Sesungguhnya jika seseorang itu dikasihi atau dicintai Alllah, para malaikat dan semua manusia turut mengasihinya.

Orang yang sentiasa mendahului orang lain dalam melakukan amal kebajikan adalah orang yang mendapat kejayaan dan kelebihan.


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

Disebut dalam hadis tersebut bahwa orang yang paling mulia pada pandangan ALLAH adalah orang memberi maaf pada orang yang telah berbuat salah padanya, walaupn dia mampu untuk membalas dendam. Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah untuk kita sentiasa dalam keadaan bisa memaafkan kesalahnan orang lain, kerana yang hanya layak menghukum adalah ALLAH SWT. Adalah mustahil untuk kita sebagai manusia tidak melakukan kesalahan, kadang2 kita berbuat salah pada orang lain, jadi ambil sikap memaafkan supaya kesalahan yang kita lakukan juga akan dimaafkan...biizniLLAH...

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Banyak kelebihan bagi orang2 yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan di dunia ia perolehi, malahan akan mendapat kelebihan di hari akhirat kelak. Berusahalah kita untuk mencari dan mendapatkan peluang2 kelebihan yang telah ALLAH sediakan.


Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.”
(HR Muwatta Imam Malik)

Sikap memaafkan juga dapat menimbulkan kasih sayang sesama manusia, menjauhkan kebencian, menjatuhkan nafsu amarah dan juga menjauhi daripada permusuhan dan pertelingkahan.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(HR Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang muslim, berusahalah kita sedaya upaya untuk menjauhi sifat2 mazmumah seperti berdendam dan sebagainya dan eratkan silaturrahim kerana ia juga merupakan tanda seorang itu beriman dengan sebenar-benarnya...sama-samalah kita muhasabah..menilai semula diri kita untuk perbaiki kepada yang lebih baik...insyALLAH...


Saturday, 21 July 2012

1 ramadhan di teratak nenda

gambar tahun 2010... di teganu..


nenda kesayanganku... anak-anak dan cucu memanggilnya dengan gelaran 'che'.... puas dipujuk... tak mau juga tinggalkan pondoknya di pasir tumboh. Katanya senang nak bergerak dalam rumah kecik... tak larat berjalan boleh mengengsot ke bilik air... tak susahkan orang. Ayoh De pun da ajak balik teganu.. Pun che bertegas taknak pegi. Saya dah bekalkan nuget, kurma, lauk-lauk... penuhkan dalam peti senang che nak panaskan atau goreng waktu sahur. Kesian fikirkan che duk sorang... saya tergerak nak temankan che berbuka... hari pertama ramadhan. Singgah di bazar beli air barli.. kuih jala mas. Makanan yang lain saya tak beli... mama dah bekalkan nasi ayam.

Kereta punya lah banyak... terkial-kial saya bagi isyarat tangan mintak orang bagi jalan masa nak masuk lorong. Kete cam tak putus je... orang semua berduyun-duyun ke bazar pada waktu tu. 15 minit sebelum berbuka saya tiba di pondok che. Gelap sangat.. che tak pasang lampu. Adui che.. risau. Nape tak pasang... risau je.

Azan berbunyi... baca doa berbuka.. kali ni saya betul-betul temankan che. Saya minum air dan makan kuih je. Insya'Allah esok saya puasa..

Suka tengok che makan berselera. Nasi ayam, ayam penyet, sup, salad... air barli.

"Tak payah la datang... makanan banyak lagi... ada ikan kering... che leh masak sayur lemak.. best je makan ngan ikan kering. Ayam kfc pun ada lagi che simpan..  leh carik-carik buh dalam sayur... takpe yana sibuk nanti che ada je makanan... "che mengomel sambil makan.

"Ade plak cerita kat cucu nak makan ikan kering je.... che ni.. meh la ikut yana balik... meh...  ikut pasni ek... eh.. jap che.. mama call"

Sambil saya berkejar jawab panggilan mama.. sempat saya jeling tengok che kesat air mata. Ya Allah... apa lah dalam hati kecilnya itu.

Saya mandi dulu sebelum bergerak pulang.. jalan balik sangat gelap... selalu saya guna lorong jalan alternatif yang lebih dekat.. cepat sampai...

"Che.. yana nak balik dulu.. yana dah topupkan tepon che 3 ari lepas...ada apa-apa call je"

"Dah lama tak tepon sape-sape...che dah lupa camne nak dail..."

Hmmm... berat hatiku melangkah keluar.

"Bebaik bawak kete... che doa yana selamat sampai"

Salam ngan che... masa kete gerak che lambai... alahai.... hati rasa lain sangat.... Che... nape taknak duk ngan anak-anak.. kami risau che. Waktu melalui jambatan.. hujan renyai... dingin... sepanjang perjalanan ada sesuatu mengganggu fikiran.



Thursday, 19 July 2012

asthmatic

tercungap-cungap tengah malam. Sesak nafas tiba-tiba... cuaca sejuk sangat kut. Susah nak lelapkan mata. Rasa kul3.30 bru dapat pejam balik. Minum air suam... istighfar... terlelap sambil menyandar bantal di dinding... seb baik hospital betul-betul depan ni.

Wednesday, 18 July 2012

ihya' Ramadhan


[susunan Al-Quran] snapshot di surau sewaktu lawatan ke rumah warga emas.



Ceramah ihya' ramadhan di sekolah... duk paling depan skali... maklumlah kite cikgu. Pengisian ceramah yang sangat padat, berkesan, kadang-kadang teraba-raba dalam beg cari tisu. Adakala isi ceramah itu menyentuh hati kecil ni.... saya rasa kerdil sekali. Semoga ramadhan ni menjadi bulan yang menjadi penawar, semoga doa-doa dimakbulkan. Akan kau cuba cari malam anugerah itu.... rahsia mu yang agung. Amin.

Allah... izinkan aku berbakti kepada orang tua. Cukup aku melihat keringat mereka membesarkan aku... sehingga kini menjagaku bagai menatang minyak yang penuh. Izinkan aku membahagiakan mereka, izinkan aku menunaikan permintaan mereka, menjejakkan kaki ke tanah suci. Allah.... kami bukanlah orang berada. Tapi berkat hidup sederhana kami... makan pakaiku cukup. Mendapat tunjuk ajar sehingga mampu menjadi seorang pendidik. Ampunkan kesalahanku yang kadangkala cuba membandingkan hidup kami dengan orang lain. Kadang-kadang pernah terdetik mengapa aku tak dapat itu... ini.... Allah.... astaghfirullah...

Ramadhan yang ku nanti.... aku rindu...
kuatkan hati ini Ya Allah...
aku ingin mencari cinta-Mu..

Sunday, 1 July 2012

munajat

dalam kesedihan yang teramat. Allah... tenangkanlah hatiku. Esok ada kelas awal pagi lagi. Nampaknya kena mula gerak awal. Sebab pagi tadi lambat sampai. Dan dengan mata bengkak ni.... nak sangat minta mc. Allah.... jangan kau uji ku begini.... waktu ini...

Saturday, 30 June 2012

aku yang kurus

timbang berat pagi ni berkurang lagi 2kg...aduyai.. kang dah nak masuk bulan puasa... mmg slim kerempeng lah nampaknya. Perut duk meragam lagi... rasanya ye kut... bukan sebab makanan tapi waktu makan yang tak menentu. Saya cuma lega bila muntahkan benda masam dalam perut ni... cecair likat warna kuning.. asid perut kah? perlu buat jadual kut. time makan telan je biskut atau roti.

tidak

maaf.... saya memang suka menerima teguran. Tapi tidak kepada ayat tadi. Maaf sekali lagi.

Friday, 29 June 2012

coret-coret buku hati

dah jumpa kuncinya ke?



baru saja mengakhiri perbualan yang agak aneh. Mungkin permulaan hidup yang baru. Mungkin jawapan kepada doa.

Ya.. saya tersentuh dengan cara dan tutur katanya.

Saya ni tak lembut, bengis, mudah marah, mudah nangis. Saya banyak kekurangan... jangan lah guna kekerasan dan paksaan. Saya menerima teguran tetapi untuk berubah mungkin memakan masa.

Thursday, 28 June 2012

a secret

tadi punyalah lama tunggu adik guna bilik air... rupanya duk berendam dalam bathtub.. lama duk berkubang dalam tu. Maklumlah kemarau sekarang. Cuaca panas kering. terpikir cam bagus jugak yer idea adik ni. Tapi....

baby bear happy time





saya takut berendam dalam bathtub lama-lama. Saya takut tertidur dan mati lemas dalam air. Atau datang pembunuh upahan dalam citer horror omputeh. (kan selalu jadi kat bathtub)... hahaha... tinggi punya imaginasi.

Saya sangat tak ngam cuaca camni. Kulit naik ruam merah-merah cam baby. Yang paling best tentu lah tidur malam bertemankan hujan lebat mencurah... nyaman.

rindukan kamu sahabat

shoulder to cry on


kali pertama saya hantar buku rancangan mengajar... maklumlah asyik dikerah ke luar sekolah je setiap khamis... sangat panas cuaca sekarang... saya perasan tangan sudah berbelang memandu dalam panas terik matahari. Kulit saya nipis.. memang kena panas sikit cepat je berjalur.

Perjalanan hidup agak teratur. Walaupun penuh badai berjuang setiap saat. Alhamdulillah... baru saja ke JPN amik surat lantikan dari SPP. Urusan di mahkamah pun dah buat semalam. Walaupun agak ketinggalan berbanding sahabat di borneo, saya masih bernasib baik tinggal bersama keluarga. Tak perlu risaukan makan pakai dan tempat berteduh.

Rindu gilaaa ngan roomate dulu.. aduh la... tadi agak lama berborak ngan telefon. Saya dah lupa kali terakhir saya benar-benar ketawa dengan jenaka seharian dalam bilik di rumah sewa. Bagai nak putus urat perut ketawa. Allah... sahabat adalah anugerah istimewa.. mereka tidak sempurna... seperti juga kita. Saling melengkapi... aku merinduimu sahabat. Sudah hilang segala keruh...yang kusimpan hanya kenangan indah yang kami redahi bersama. Sayang kamu Ain dan Enun~ <3

Insya-Allah saya nak sangat jumpa kamu nanti. Tunggu tarikh untuk appoinment di hospital. Harap sangat selesai... ni dah kali kedua dalam tahun ni.

Tuesday, 26 June 2012

giant EPO capsules

Pegi watson... beli sabun.. macam-macam lah.. Disebabkan kebelakangan ini dilanda stress yang secara tidak langsung mengganggu biologi badan... nak la cuba supplement. Tanya ngan pharmacist tu dia suggest amik EPO. Harap takde la nak terpekik guling-guling nangis tengah malam lagi.. azab woo... EPO? ape tu? bkn EPL tau....

evening primrose oil capsules
Saya amik dos 1000mg. Sebab kalo amik yang 500mg kena gak telan 2 biji. Tapi..... tapi... tapi kan.... uwaaaaaaa.... gila punya besar capsule ni.. terkulat-kulat tengok tilik-tilik... mak aih... muat ke anak tekak takut tercekik. (memang jenis takut telan ubat pon).

Apa khasiatnya... ada yang kata leh buat muka jadi lawa... tapi most important.. untuk dalaman orang pompuan lah yer... google lah sendiri. Diharap dengan pengambilan EPO ni hidup saya aman dan tenteram Insya-Allah....



Sunday, 24 June 2012

kerja yang ikhlas

burn lagi weekend ku yang indah... sekali lagi jadi wartawan cover event negeri...  hangat juga suasana meeting pagi tadi. Tapi redha je lah. Kata pengetua kerja kena ikhlas. Insya'Allah keikhlasan itu besar ganjarannya. Mungkin bukan sekarang.. mungkin manfaat untuk anak-anak nanti. Siapa tahu...

perlu lakukan sesuatu

jalan tendong-pasir mas... tempat yang ternyata banyak meragut nyawa. Malam ini satu lagi kejadian... kemalangan maut penunggang motosikal bertembung dengan kereta. Pelajar tingkatan 5. Adik mintak nak pinjam kereta tadi nak pegi tengok arwah di hospital. Hmmm... memang bila jadi macam ni... baru semua bising..kecoh...macam-macam lah. Tak perlu menuding jari salah siapa. Saya dah fobia sangat. Tolonglah lakukan sesuatu... cukup lah dengan air mata. Saya tak mahu tengok jalan ini dibasahi darah lagi. Darah anak-anak muda yang masih di bangku sekolah... yang masih belum sempat berbakti kepada ibu bapa...

Saya belum melihat usaha yang benar-benar dapat membantu dan menyedarkan masyarakat bahawa jalan ini bukan lah litar lumba percuma... di sini ada sekolah...ada klinik.. tempat ramai orang awam..orang kampung menyeberangi.. tolonglah perlahankan kereta... ko ada kete nak sangat pecut pegi la tempat lain... nak sangat langgar pegi cari tiang lampu. Jangan langgar anak orang! 

Allah lindungi lah aku dan keluarga.... amin.

hari-hariku

balik skolah kul2.30.. lenggang-lenggang kete gerak kul2.45... sampai umah kul 3.15... g amik adik tunggu dalam bilik gerakan... adik kuar kul4.. anta mama g pasir pekan... g klinik kat SBJ... bli nasi air kt kahfi... sampai umah kul 5.20. Bantal... i miss u deeply.... owh.. malam ni dah boleh mengaji.. yeyy!

Saturday, 23 June 2012

yang terbaik dari-Nya

yang mencintaimu
 
 
Jika Allah tak memberimu seseorang yang kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mengimpikanmu..

Bila Allah tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,

Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu..
 
Bila Allah tak memberimu seseorang yang kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu..

Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,

Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

InsyaAllah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita semua.

cerita saya dan pelangi

keindahan yang sementara


"pelangi itu muncul selepas hujan" .... menunjukkan kebahagiaan setelah hadapi kesusahan...

hujan menyuburkan tanah...  sejuk.. basah.... tapi manusia lama-lama leh jadi sakit.. demam

pelangi cantik... tapi sekejap...dan tak dapat lak sentuh... tak best

perumpamaan menggunakan hujan dan pelangi agak kurang umpphh....

apakah keindahan dan kebahagiaan yang berkekalan......  

saya rasa dah jumpa pelangi tu.... tapi sekejap je lah.

berikut adalah dialog antara saya dengan pelangi (konon)



saya:     pelangi... awak betul ke nak muncul?

pelangi:  ye lah.. tunggu pas hujan reda saya muncul.

saya:      ye ker?? aritu tak kuar pun.

pelangi: sebab matahari takde kut.. ke awak tengok waktu malam? Malam memang tak nampak la...

saya:      ok la... saya tunggu..



pastu hujan reda... saya dengan tak sabar ternanti-nanti di jendela


saya:     wahai pelangi indah... sembunyi kat mana tu...cepat la kuar!

pelangi: kejap.... dah nak start enjin ni


dingin hujan masih terasa... pelangi keluar memancarkan lapisan cahaya indah. Saya terpesona...  tapi 10 minit pastu... makin pudar...


saya:    eh...pelangi... mana kau? kejapnye

pelangi: dah lewat ni... saya kena balik dulu... de hal

saya:     tapi...

pelangi terus hilang tanpa sempat saya snap gambar dia. Pergi macam tu je


Itu lah cerita saya dengan pelangi. The End.








sedekahkan Al-Fatihah

pulang dari majlis kenduri arwah anak Kak Hazanah... pegi ngan mama. Kebanyakan cikgu lain datang waktu tengahari. Saya sampai dalam pukul 4. Pegi ngan mama. Tak tau nak bawak ape. Ingat nak beli gula je tapi mama beli biskut kacang. Katanya sedap makan ngan teh o panas. Agak lewat juga saya sampai... tetamu pun sudah tak ramai. Tinggal jiran-jiran terdekat sedang menjamu nasi dan bubur kacang. Kak Nah menyambut kami dengan tersenyum... tenang tutur katanya. Saya biarkan aje mama bercakap panjang ngan Kak Nah... mereka dah kenal rupanya.  Harap Kak Nah tabah. Arwah budak baik.... semoga arwah dicucuri rahmat. Majlis tu mengingatkan saya waktu kenduri arwah Afiq... emmm... macam baru semalam je. Dah 10 tahun berlalu...

Friday, 22 June 2012

setia. positif atau negatif?



setia.. apakah pengertian sifat ini
adakah anda berpendapat ia sesuatu yang positif atau negatif?

di sini saya belajar bahawa sifat ini menguntungkan pihak lain dan bukan bagi pemilik sifat ini. Ia hanya menguntungkan bila kedua-dua pihak memilikinya. Setia untuk adakala sementara..dan ada yang berkekalan sepanjang hayat. Malanglah bagi yang setia sepanjang hayat...bila dikhianati sifat ini ibarat racun yang melumpuhkan segala segala deria, mental dan fizikal. Tiada ubat, tiada doktor dan tiada sesiapapun yang mampu mengeluarkan racun ini. Penyembuhnya hanya Allah.

Setia yang tidak berbelah bagi hanya layak untuk Dia pemilik segala hati. Ya Allah... kau cabutlah sifat ini jika aku hanya menggunakannya untuk menyakiti diri. Setia pada manusia hanya menyebabkan aku dihina seperti anjing yang menanti di kuburan tuannya. Sedangkan setia pada-Mu abadi tiada penghujung walaupun dunia hancur berkecai.

abe si hitam

macam biasa arini bangun kemaskan rumah. Buka cage kucing... comel gile abe ngan kitty tido dalam mangkuk frieskies... skang korang kecik muat lah... huhu... kejutkan diorang... pagi-pagi kena kuar cage suh berak atas pasir kat luar. Kena ajar jugak sebab kalo asik poop dalam cage kais pasir pun tak reti. Abe si hitam legam. Mata pun gelap memang tak nampak apa. Tapi kau memang comelll... muah3.

Masak sambal udang untuk tengahari ni. Malam ni ke majlis tahlil umah kak hazanah. Gi awal skit kut... banyak kena tolong. Kenduri selepas 40 hari anaknya meninggal kemalangan.

sleepyhead

hampir tertido dalam kete tadi... damn... just hate driving on weekend nite

bantu aku

tersedar dari tidur.. nangis teresak-esak. Ya Allah... bantulah aku....

masa camni.. biasanya Sue ada... Aan ada.... dua orang ni tak pernah jemu hiburkan hati ni. Semua dah jauh. Allah... tenangkanlah aku.... sembuhkan aku... tetapkan imanku dalam menempuhi dugaan ini. Aku lemah tanpa-Mu. La ilaha illallah....

Astaghfirullah...

Thursday, 21 June 2012

jerebu kah

 baru balik dari seminar. Penat, mengantuk... berair mata duk tahan batuk. Seksa je masa tekak gatal-gatal ni. Cuaca panas kering... pantai barat pula berjerebu. Perut buat hal dari semalam lagi smpai cramp kaki ni.. saya perlukan rehat.

pulang awal

baru semalaman berada di kem.. petang tadi terpaksa balik sebab dapat panggilan dari PKP.. katanya besok saya perlu hadir seminar. Emm... berat hati tinggalkan budak-budak. Tapi ada yang bagus jugak. Tak selesa sangat tidur sebilik ngan cikgu lain. Cian dia duk dengar kita batuk-batuk. Duk kat pantai layan eskrim ngn roti tu..pehhh.... terus tekak gatal membatuk.

Baju kurung lum iron. Ni pun tergolek baring lagi. Lembik badan lagi... kepala duk terkenang lagi peristiwa yang menjadi topik hangat di sekolah. Semoga yang salah dapat balasan yang sepatutnya. Anak-anak... jangan sedih.... kamu budak baik kan. Lebih baik dianiaya daripada kita menganiaya orang.

Sok basuh cadar... kotor.... ummmm....

Tuesday, 19 June 2012

feverish

tak tahu lah sebab cuaca ke sebab peristiwa pagi tadi. Kepala dah denyut-denyut pening. Badan dah rasa hangat. Welcome fever....

mimpi aneh itu

gambar hiasan



Sebenarnya sudah lama... sudah lupa sejak bila... banyak tahun dah... saya sering bermimpi diri saya terbang melayang. Bila melonjakkan kaki sedikit....badan terapung di udara... dan terbang perlahan-lahan ke mana saja. Dalam mimpi itu kadang-kadang resah seperti lari dari sesuatu...terbang untuk lari dari sesuatu. Ada juga mimpi saja-saja terbang bermain di sekitar rumah....  Membuat orang lain kagum dengan kebolehan saya... kadang-kadang dalam mimpi saya yakin saya ni memang dapat mengapungkan diri! Asyik mimpi lebih kurang sama saja. Mulanya agak menghiburkan juga... ye lah kan... dapat terbang macam dalam cerita tv... walaupun tak setinggi dan selaju superman.

Bangun pagi tadi.... saje je google. Terasa nak google tentang mimpi. Terkejut... banyak pendapat yang mengatakan mimpi sedemikian menunjukkan gangguan sihir dan jin dalam diri. Ya Allah.... lindungi aku. Seriau berderau darah. Semoga itu hanya mainan tidur. Rasa nak juga jumpa dengan seseorang yang boleh berikhtiarkan sesuatu. Sebab saya memang dilanda masalah. Apa pun berpeganglah kepada tali Allah... hanya Dia yang mampu sembuhkan segala penyakit.


selagi namanya manusia

hari ini berlalu dengan penuh drama. Berlangsung pertandingan choral speaking sebentar tadi. Saya selaku pengacara majlis bertugas sekitar pukul 9 pagi. Pemilihan antara dua sekolah sahaja untuk mewakili PPD ke peringkat negeri. Persembahan yang hebat, penuh semangat dari kedua-dua pasukan. Hakim memberi ucapan... mengulas sedikit tentang persembahan. Tiba waktu yang dinanti..kertas markah dihulurkan. Saya membaca dan mengumumkan dengan gembira. Nama sekolahku juara. Maka naik lah anak-anakku ke pentas menerima trofi dan sijil. Ada tersenyum lebar ada menangis gembira.. turut bersalaman mengucap terima kasih padamu di hujung pentas. Namun langit tak selalu cerah..

Beberapa minit kemudian... beberapa orang guru dari sekolah yang mendapat tempat kedua mula berdiri dan menuju ke meja hakim pertandingan. Suasana mula kecoh.... Pelajar-pelajar mula berpaling sesama sendiri kehairanan...

"Teacher, kenapa ni?"

"Shh.... diam je lah. Takde apa."

Sangka saya di mana-mana pertandingan pun termaktub keputusan hakim adalah muktamad. Tapi di sini sebaliknya.

Si A naik ke pentas. Si A ni bukan hakim pon...
"Maaf... ada sedikit pembetulan. Saya ucapkan tahniah kepada juara pertandingan. Namun pemenang tempat kedua di bawa ke peringkat negeri. Ada masalah teknikal dalam syarat pertandingan dan saya minta maaf sekali lagi."

Apa ni? Menang tapi tak boleh terus bertanding?

Rupa-rupanya syarat pertandingan hanya boleh membawa peserta dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja. Semua anak-anakku di tingkatan 5! Semua syarat ni tak diberitahu awal-awal!

Hancur hati mereka.They're just kids! They've cried badly..all boys and girls.. they're dying practicing everything in last minute. They bear with all the pressure and pain!



~makin menyakitkan...selepas diselidik kemudian, nyata tiada syarat merepek yang dikatakan itu. Pelajarku selayaknya menang dan mewakili daerah. Tapi tiada yang mahu mengubah keputusan ini. Memang remeh bagi mereka tapi tidak bagi yang berpenat-lelah. Itu hak kami!!

still waiting for the miracle. Yang zalim ni tak lama... jangan nak duduk selesa sangat. Hidup ni pun tuhan bagi pinjam...jangan nak rasa tinggi sangat. Sebab yang kena ni bukan anak kau kan.

baby...you've done your best....



Monday, 18 June 2012

berulang kali diuji

kadang-kadang kita rasa kuat... kadang-kadang rapuh juga. Kerana sering disogok harapan menggunung... bila sekali harapan tu jatuh, beban yang ditanggung pun sangatlah berat dan menyakitkan. Sekali hal ni berlaku, kita pasti sedaya upaya mengelak ia berulang. Namun.. jika ditakdirkan kita diuji berulang kali.... merasa sakit itu berkali-kali... tetapkan lah hatimu.... kerana Dia sangat menyayangi dan rindu rintihanmu. 


Kadang-kadang aku malu untuk berdoa bila merasa kerdil dan adakah aku layak untuk memohon kebahagiaan... andai bahagia di dunia itu menjauhkan aku dari mengingati-Mu....

Allah... aku buntu... kurniakan yang terbaik untukku kerana Kau Maha Mengetahui... permudahkanlah urusan kehidupan seharianku. Masih banyak yang perlu ku pelajari. Berkatilah perjalananku dalam mencari rezeki yang halal. Berkatilah anak-anak didikku. Peliharalah keluargaku..sahabat-sahabatku agar sentiasa dalam rahmatmu. Ampunilah dosa kami. Amin..

hilangnya satu nyawa kerana ku

masih lagi teringat-ingat peristiwa semalam..  kat simpang traffic light saya terlanggar seekor kucing. Betul-betul setengah meter je masa saya nampak si belang putih hitam tu... kucing tu ada kt pmbahagi jalan pastu tiba-tiba berlari.  Saya boleh je tekan brek tapi kat belakang lori yang memang sume kete tengah laju gerak sebab lampu baru je hijau. Saya dengar bunyi masa kucing tu di bawah kete. Bunyi cam.... hmm.. nak cakap pun susah sebab saya ngeri nak cerita balik. Saya tengok dalam cermin pandang belakang... saya nampak kucing tu mengelupur. Masa tu jugak mulut saya terkumat-kamit istighfar... takut.. sedih.. terkejut. Air mata pun kuar mencurah-curah..... sakitnya kucing tu. Saya harap sangat dia cepat mati dan tak lama terseksa. Saya tiada pilihan.

Saya nangis sampai la ke sekolah. Saya cerita kat sorang cikgu.... "Akak..tadi saya langgar kucing...". Akak tu pujuk kata benda dah jadi tak sengaja biarlah.... katanya dia baru je minggu lepas terlanggar kucing peliharaannya yang tidur di belakang kereta. Semua pun memang tak sengaja. Lagi sedih langgar kucing sendiri...yang masih dibelai setiap masa.

Saya menggigil masa lalu di jalan tu waktu pulang. Alhamdulillah... tiada bangkai. Ada insan berhati mulia dah alihkan. Selamat ke syurga... haiwan kesayangan nabi.


Sunday, 17 June 2012

kemalangan

dari simpang tendong sampai lah ke pasir mas saya tak berhenti mengucap. Hilang gastrik. Adui... ngeri nya... ampun kan hamba-Mu Ya Allah... tak sengaja.....

Saturday, 16 June 2012

running out of pills

cari plastik ubat.. rupanya tgal bar aluminium je. pil gastrik dah habis..... kacau teh o panas pekat..... sok masa rehat kena pegi jap hospital lati. Kalo dokter baik dia inject je leh terus baik... ngan ubat mmg lambat kesan. loya memanjang.... sori la lailee... minggu dpn la kuar ye. Happy birthday dear..

Friday, 15 June 2012

mengintai hikmah dalam duka



✿ Allah mengembirakan hamba²-Nya yang bersedih & sedang diuji dengan berkata: "Sesungguhnya sesudah kepayahan itu akan adanya kemudahan."
~ Diulang 2x di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 & 6.

~✉~ Mencari senyuman & mengintai hikmah di sebalik sebuah kedukaan...

الله هو الرحمان الرحيم
Allah, DIA Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

the cost is...

it would cost me 180 bucks for the new screen.. so i said to the apek not to change it yet. I gotta hold on first and get used to this old plain LG.. which belongs to abah. gosh..smart phone just fragile.

gelak sambil blur gitu

 pagi ni dikejutkan dengan satu kisah... hmm... what can I say.. serve you right!  Memang tuhan tu adil. Sikit je tu...baru atas dunia...

petang ni wt jamuan skit kat umah. Bihun, ayam bakar. Hati dan fikiran agak ke laut jugak... keliru tak tau nak gelak atau simpati.

Thursday, 14 June 2012

hanya manusia biasa

masih pening kepala lagi...kepanasan seharian berjalan
wahai blog ku sayang... tidak semua mampu ku tulis
kerana aku hanya manusia biasa

kadang-kala luahan hati ni hanya layak di utuskan hanya kepada-Nya. Dia tak pernah tidur. Tak pernah sekalipun jemu mendengar rintihanku berkali-kali. Pintu keampunan-Nya lebih luas dari tujuh lapisan langit di dunia... apa alasanku untuk berpaling dari bermohon ampun dan taubat dari pemilik Arasy yang Maha Agung. Astaghfirullah... Allahu Akbar... Alhamdulillah... jadikan aku makhluk yang bersyukur... kadang kala aku lupa menyebut nama mu tiap kali Kau anugerahkan sesuatu.

~my scattered nokia... shall i repair..shall i trash... shall i get a.... arghhhh $$$$$$$$$$ just off my mood again. good nite

[puisi] rama-rama menangis lagi



rama-rama terbang bebas 
bagai permaisuri di taman kayangan
beralun sayap warna pesona
saban hari bermain
di dahan meranti 


sangkanya meranti teguh berdiri
namun tetap tiada yang sangka
ribut melanda menggegar alam
dahan meranti patah menjunam
jatuh rama-rama di hempap dahan


patah dan koyak sayap si ratu
merintih sendiri di hutan sepi
kecilnya tiada siapa peduli
dengan sakit setiap nafas
mengumpul kekuatan
mengheret diri

pintanya kepada tuhan
mahu terbang 
hinggap di bunga
gembira dan riang
namun tidak mahu lagi
berpaut di dahan rapuh
matanya merenung sayap
 yang entah bila bercantum kembali
rama-rama menangis lagi




Cikyana 14 Jun 2012 , 11.21 p.m

Wednesday, 13 June 2012

tersedar waktu malam

 
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.

ayuh berjemur

pinjam baju koprat Kak Zan kemain besar... hehehe.. saya dah kurus skit.... ehehhe... dah berjaya ganti puasa. yeyeye





demikian lah hari ini berakhir.... sape kata tugas wartawan ni senang?? meh cni cucuk idung tu ngan pensel. Hehehe...adei sakit urat lak gi panjat menara bomba. Semata-mata nak dapat angle yang paling cun untuk merakam video. Bertugas bahagian dokumentasi di hari yang amat panas memang arghhhh!!! tapi rasa seronok jugak....HAHAHAHAHAAHAHA!!! (gelak psiko)

Sebenarnya dulu dah naik menara ni.. Naik ngan suzana..masa tu abang bomba memang ada untuk jaga keselamatan. Kali ni hanya bertemankan Kak Ruby je. Kak Ruby lagi brutal kut.. pakai baju kurung kooooo......

pemeriksaan pakaian

baris dikkk

lepak sat



bayangan gurauan~ masa ni alahai.... berdenyut kulit pipi ni rasa terbakar... rasa nak je gi terjun dalam kuala kat pantai sri tujuh

err.. gulp.. baru setingkat

atas lagiii....




kaki ayam je..... heels campak bawah..



aku di penjara

masa f6 dulu saya ngan suzana sampai kat tingkat paling atas.. dan turun ngan tali melantun-lantun ke bawah... syiok woo...

tengah wat formasi



di sudut gelanggang.. bebudak tengah prektis

PPD pasir mas dapat naib johan. Tahniah dik!

alang-alang dah kat pengkalan kubor.. kami ke kawasan bebas cukai... mama nak beli toto. Tengok mama tu.... hehehe... suka tul datang shopping sini.





Monday, 11 June 2012

asrama??

soon will be like this... hahaha.. oh no



Agak bagus perjalanan pagi ni... tak sangkut di traffic light. Sampai kul7.20 pagi.. yeeeee.. tepuk tangan!! Uhuhu... masa sarapan di kantin borak-borak ngan cikgu lain. Katanya.. kalau ada anak belajar di sini... kena datang awal lah. Kul 7.10 dah kena ada di sekolah sebab pelajar kena beratur di perhimpunan. Jadi cikgu yang datang awal gilaa tu kebanyakannya sebab anak. Kalau sekolah lama saya dulu.. 7.30 pun ada lagi pelajar yang terkedek-kedek baru lepas pintu pagar. Sini disiplin memang tip top lah.

Saya masuk ke pejabat. Jumpa pengetua dan P.K. Ko...... Pengetua tawarkan asrama. Saya memang berminat... tapi tak tahu lah macam mana nak pujuk mama. Rasanya tak bagi. Tengok lah.... Dengan P.K. Ko gak risau jugak.... sebab dia tegas skit. Saya kena bertugas sebagai AJK dokumentasi di Balai Bomba Tumpat, untuk Program Kawad Kaki Pergerakan Puteri Islam Peringkat Negeri 2012. Risau sebab kita orang baru di sekolah dah terlibat dengan program luar dari sekolah.... takut tak dibenarkan keluar. Alhamdulillah... dapat izin tadi sebab saya masih lum ada jadual mengajar.

Dan hari ni saya masuk relief... tingkatan 3.... waaaa...first time masuk class.... ganti kaunselor yang tengah ada program di dewan.. waktu subjek Sivik. Saya masuk dan berborak dengan pelajar saja. Ternyata semua anak-anak didik di sini amat menyenangkan. Sejuk mata.. sejuk hati... Buatkan saya semakin bersemangat.

Malam ni kena cas handycam tu.... pertandingan kawad bermula besok... tempat penuh kenangan. Saya buat latihan di Kem Bomba Tumpat masa form 6 dulu. Hitam legam jugak lah berhari-hari di sana.

Petang ni pun ada latihan choral speaking. Memang hebat persembahan budak-budak ni. Cuma masih berlatih memantapkan sound articulation and synchronization. Mama pun ada komplen., "teruk la kau hari-hari balik kul6. Baru keje dah macam ni." Apa leh buat mama... takpe... tambah pengalaman...


the appoinment

doctor... i have bruises on my knees.. wuuuuuuu


menunggu hari untuk appoinment di hospital. Sangat bosan menanti... harap cepat selesai lah. Harap-harap takkan kena ECG lg.. err... taknak!!!!!! cukup lah sekali. I need some few other questions to ask... one is regarding my hypotension.. and foot numbness. I noticed my body gets tired easily. Having sweet drink do help a bit but then it's not a permanent solution. And calcium..... I know my body is lack of the nutrient... since I can't drink milk due to lactose intolerance. I do love milk.... but my stomach can't digest the white creamy drink. Maybe that's why I'm shorter than my other siblings...maybe lah..

takdirmu

Ya Allah,
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,
Berikanlah padaku keyakinan bahawa Takdirmu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan.. Amin.

Sunday, 10 June 2012

traffic light yang makin banyak

hidup penuh dengan lampu isyarat... ada kala kena berhenti sekejap



arini depan smk tendong dah berfungsi traffic light nye.... baru dibina awal bulan ni. Seksa menunggu nak kuar dari lorong masuk jalan besar. Besok kena guna jalan alternatif kut... arini sampai sekolah pukul 7.26...agak kurang best. Pecut kemain lagi kat highway Salor. Gerun lak kalo hari-hari rushing macam ni. Nak duk kuarters..tak tau lagi ada kekosongan atau tak... dan tak tau nak duk sorang-sorang macam mana.

Sebenarnya dulu biasa je kuar umah kul 6.30... tapi semenjak keje interim aritu stay kat kuarters.. pukul 7.20 baru terkedek-kedek kuar umah.. pagi sempat buat sarapan dan makan di rumah... mekap lama-lama. Maklumlah pejabat sekolah kat hujung tangga je. Nampaknya saya kena set masa lebih awal. Ni dah keje tetap dah.... mungkin kena beli banyak-banyak tudung jenis yang senang pakai... tak perlu lah ambil masa lama untuk iron dan pakai... sebab saya selalu pakai tudung bawal... yang macam-macam pesen saya gayakan.

~Hidup berubah..banyak sangat yang berubah... terlalu banyak rutin yang berubah... masih berdoa... Allah tenangkan hati ini. Sekejap sahaja ku alpa.... saat itu juga berat fikiranku... Aku sedar ketenangan hanya dengan mengingatimu. 




penghujung hari pertama



saya... abis latihan kul 5.15.... drive sampai umah kul6.35... saya lapar sangat-sangat. Mengigil tangan tadi drive. Padan muka sape suh tak makan... ingatkan latihan kejap je. Lutut pun cari pasal denyut-denyut kat tempat lebam. Menaip sambil kepala peninggggggg.... tahan tak nak tido. Tak molek lelap lewat petang. Esok, lusa dan seterusnya.... saya akan terlibat lagi dengan choral speaking ni....


-saya harap dia selamat sampai. Hati-hati

my not so first day in school


mau jadi cikgu terbaik untuk anak-anak didik.


sebenarnya ini hari kedua di sekolah... ari pertama saya lapor diri kebetulan ada sambutan hari guru.. lain kali saya cerita pasal ari tu..ada skit gamba dalam dalam enset.

hari ni.. baru register thumbprint.. agak jakun di situ. Tak penah lagi hayat pakai thumbprint. Sebelum ni kat sekolah-sekolah saya berkhidmat (praktikum dan interim) sume pakai punch card saja. Saya serahkan salinan dokumen penting untuk kegunaan pejabat.

pagi tadi di perhimpunan.... baru tahu ada 2 lagi guru baru. Tapi bukan freshie lah. Sorang yang berkhidmat di Sarawak, dan sorang lagi dari Perak. Masih kekal lah status saya sebagai satu-satunya cikgu fresh lagi bujangs.... Kena la berdiri tadi perkenal diri. (malu la...mehmehmeh)

Saya jadi rebutan cikgu-cikgu. Ahahaha..poyo ayat. Untung atau kesian tak tau lah. Ada yang suh ikut kem kepimpinan Bahasa, ada yang suh join lawatan kelab, ada yang suh handle choral speaking. Saya tak tau nak angguk yang mana satu. Ikut aje lah.....mana-mana pun boleh. Saya ni kan orang baru. Mana leh nak ngade tolak. Harus diingat...saya kini di sebuah sekolah elit dan semua cikgu sangat berpengalaman. Jadi rendahkan diri...belajar lah dari yang sudah banyak pengalaman. Saya benar-benar rasa kerdil di sini..yang sememangnya rendah kecik molek.

masih belum ada jadual waktu mengajar. Jadi duduk berborak berkenalan dengan guru-guru. Setakat ni semua baik. Semua sangat peramah. Cuma saya masih belum ada tempat duduk dalam bilik guru. Menumpang meja orang dulu.

Sekarang sedang bersendiri. Dengar lagu 'Sakura' nyayian Adira berulang kali. Tunggu latihan choral speaking yang bermula pukul 3.30. Budak-budak nak solat dan makan dahulu.

Allah..permudahkan lah.

Saturday, 9 June 2012

satu kehilangan... satu permulaan

kisah ini sudah saya ceritakan dahulu... hanya kawan-kawan rapat sahaja tahu... saya ni... jenis cam mesin rosak kut. sekali menangis...4 jam pun lum tentu berenti air mata. Jadilah seperti mata ikan flower horn.

Detik yang paling menyedihkan dalam hidup saya. Menyaksikan kemalangan adik... dilanggar kereta.. depan mata sume tu.

Kereta apa?-kancil. Kat mana?- depan umah. Sape yang langgar? Pompuan..ntah sape... tak kenal. Antara soalan yang berulang kali saya jawab bila ditanya. Peristiwa ni memberi trauma yang hebat dalam hidup saya. Tipu lah cakap masa dapat mengubati. Kesedihan tu kekal... cuma berbekalkan redha... setiap kali teringat saya akan lebih berhati-hati... dan juga akan mendoakan orang lain juga sentiasa dalam perlindungan Ilahi.

Hari kejadian itu amat jelas dalam ingatan. Seolah-olah satu tayangan yang boleh diceritakan dengan terperinci. Namun... sukar diungkapkan dengan kata-kata. Lidah saya terkunci. Sewaktu adik dilanggar kenderaan yang bergerak laju tu... arwah melambung ke atas kereta... lalu tergolek jatuh di atas jalan. Kereta kancil tu berhenti. Along yang ada berdekatan segera berlari mendapatkan adik. Saya... terduduk. Dalam hati saya... "Allah... adik tak apa-apa...adik pengsan je....". Saya pujuk hati yang masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kebetulan klinik hanya di sebelah rumah. Abah sudah tidak keruan.. melihat kereta itu agak kemek di hadapan.. melanggar adik saya yang bertubuh kecil... arwah berumur 9 tahun waktu tu. Arwah diberi rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital besar sejurus kemudian.. namun..saya diberitahu... arwah meninggal dalam perjalanan ke HKB.

Mama berada di Jeli membawa pelajar sekolah untuk aktiviti kelab bergegas pulang bila mendapat berita. Sungguh mama wanita tabah. Kuat menahan air matanya memujuk abah yang masih dalam raungan meratap kehilangan anak. Jenazah di bawa ke rumah nenek (sebelah abah) di kampung Kutan Sungai... untuk disemadikan bersebelahan pusara Tok Ayah. Saat menanti jenazah tiba saya rasakan cukup menghibakan. Saya nampak dari tingkap van putih tiba. Tangga umah tinggi... 4 orang kakitangan hospital dan juga pakcik Rusydan membawa jenazah naik ke atas. Allah! merah pekat kain yang menutup bahagian kepala arwah... azab nya sakit adikku ya Allah. Saya peluk erat mama... baam masih lagi kecil.. baru pandai bertutur... diam saja di sudut rumah memerhati anehnya peristiwa pada hari itu....

Malam tersebut saya dan along menemani pakcik rusydan ke balai polis... urusan dokumen kematian arwah. Keesokan harinya orang datang bertali arus melawat dan memberi ucapan takziah... jenazah disemadikan pada pukul 8.30 pagi.

janji yang pasti... untuk kembali pada-Nya

Mulanya tertanya-tanya. Kenapa dia yang diambil. Dia yang paling baik, dia yang paling comel, dia yang paling rajin dan menyenangkan hati.... jawapannya ialah, dia insan yang dipilih Ilahi untuk menjadi ahli syurga. Jawapan itu sedikit sebanyak mengubati kesedihan...

Masa begitu pantas berlalu... peristiwa pahit itu meninggalkan trauma pada saya tentang kecekapan seorang pemandu perempuan. Saya...sangat susah untuk menaiki kereta yang dipandu perempuan. Saya juga sangat tidak yakin untuk belajar memandu kerana risau akan menyebabkan kecelakaan. Tambahan lagi pada akhir sem di UPSI, roomate saya patah paha dilanggar pemandu wanita yang cuai. Kadang-kadang saya diperli kerana masih tidak ada lesen memandu sewaktu di universiti. Kata lah apa sahaja kerana anda tidak tahu apa yang saya rasa!

Akhirnya.. ada sesuatu yang menggerakkan hati saya. Keengganan saya memandu akan menyusahkan orang lain. Saya tak suka dilabel sebagai beban. Jadi... satu sejarah pada akhir 2011 saya berjaya menamatkan latihan memandu dan mempunyai lesen kelas D. Saya akan cuba memandu dengan berhati-hati. Berbuih mulut mama berpesan setiap kali saya bergerak ke tempat kerja. Baca doa naik kenderaan... baca Bismillah sokmo!

Afiq.. doakan kakak berjaya dalam hidup. Tunggu kakak.

Esok bermula dengan rasminya saya bergelar guru. Insya'Allah....





kosong..

mungkin... dia main-main saja

iqra'

bagaikan satu keajaiban... setiap kali membaca ayat-ayat suci.. satu hembusan ketenangan hadir. Subhanallah.... rahsia Pencipta Alam.

lebam... wuuuuuu

hujan tiba-tiba turun lebat. Saya lari turun tangga... dan tersadung di 4 anak tangga akhir... senyap jap kat situ... Aduiiii... sengal sampai ke tulang... pas angkat baju.... duk dediam dalam bilik. Layan lutut dan paha yang lebam biru. Esok dah sekolah..... adui sekali lagi...




gambo hiasan